Saturday 22 October 2011

HAKIKAT SEBENAR HARTA


















Kenapa Nabi SAW dan para Sahabat bersifat ZUHUD ?

HARTA SEBENAR bukan apa yang kita kumpul tapi apa yang telah kita belanjakan pada jalan Allah dan kebaikan.

Rumah besar, kenderaan hebat, wang simpanan yang banyak bukanlah HARTA.

Sebab tu Nabi SAW dan para Sahabat hanya mengambil keperluan dunia sekadar perlu saja untuk meneruskan hidup dan beribadah kpd ALLAH, rezeki kekayaan selebihnya dibelanjakan pada jalan ALLAH.

Kenapa pada hari ini sukar nak jumpa Muslim yang bersifat Zuhud ?

Manusia tertipu kerana menganggap rumah, kenderaan dan duit itu adalah harta yang perlu dikumpul. Lebih malang lagi jika bermegah-megah dan ia dikumpul melalui jalan hutang. Inilah fitnah budaya materialistik yang selama ini mengaburi mata umat Islam.

Kekayaan yang sebenar adalah berapa banyak harta yang dibelanjakan pada jalan ALLAH (bukan berapa banyak harta yang kita kumpul/simpan)

Wallahua'lam..


-Admin-
JOM! Semarakkan Kebangkitan Islam Akhir Zaman
6 Zulkaedah 1432H
12:33 tengah malam
Selatan Tanah Melayu, Nusantara, Timur Jauh

SUMBER ASAL : http://www.facebook.com/photo.php?fbid=258856744156704

KITA SEDANG BERMAIN ATAU BERJUANG ?


































JOM! Fikirkan sejenak..

Ramai umat Islam boleh bersatu hati kerana minat dan kecenderungan yang sama walaupun dgn pihak yang berlainan agama.. Misalnya ketika menyokong pasukan bola sepak kegemaran.

Tapi ramai juga umat Islam yang sanggup bermusuhan dengan saudara seagama kerana berbeza minat dan kecenderungan.. Misalnya perbezaan ideologi politik..

Apa yg boleh disimpulkan dari dua situasi di atas ?


Yang tersirat :
Musuh2 Islam (syaitan, Dajjal, Zionis) telah berjaya dalam agenda meletakkan kecenderungan duniawi (kepentingan politik, kebendaan, hiburan dsb..) di tempat tertinggi dalam hati umat Islam mengatasi nilai-nilai dan ajaran Islam (persamaan tauhid, rasa persaudaraan, ikatan ukhwah, hubungan silaturahim dsb..)

Apa yg kita saksikan hari ini adalah umat Islam telah dilalaikan dari perjuangan agama dan disibukkan dengan perjuangan duniawi.. Umat Islam sepatutnya WAJIB bersatu untuk memperjuangkan hak ALLAH SWT di muka bumi ini, tapi ramai telah memilih untuk BERSENGKETA SESAMA ISLAM dan BERSEKONGKOL DENGAN BUKAN ISLAM kerana perjuangan duniawi yang direka dan disogok oleh musuh-musuh Islam.


Sedarlah saudara Muslim ku...

Apa tujuan kita dihidupkan di dunia ini ?
Apa peranan setiap dari kita yg memikul tugas sebagai Khalifah ALLAH ?
Siapakah musuh-musuh sebenar umat Islam ?

Majoriti umat Islam boleh bagi jawapan yg tepat untuk ketiga-tiga soalan senang di atas.. Tapi berapa ramai umat Islam yg hidup 100% mengikut jawapan tepat yang keluar dari mulut mereka ? Apakah ianya sekadar diakui di mulut tapi tidak diamalkan di hati dan dalam perbuatan seharian ?

Hari ini kita sedang hidup untuk perjuangkan agama Islam atau hanya perjuangkan kepentingan untuk hidup ?

Renung-renungkan... Adakah diri kita layak diterima sebagai seorang MUKMIN SEJATI atau hanya sekadar seorang MUNAFIK di sisi ALLAH SWT ??


-Admin-
JOM! Semarakkan Kebangkitan Islam Akhir Zaman
5 Zulkaedah 1432H
12:02 tengah malam
Selatan Tanah Melayu, Nusantara, Timur Jauh

SUMBER ASAL : http://www.facebook.com/photo.php?fbid=258423607533351

SIAPAKAH 'AKU' ?






























JOM! Jawab soalan berikut :

"Apa impian anda setahun dari sekarang ?"
:
:
:
:
:
:

Jika jawapan spontan kita adalah :

- Saya nak rumah baru..
- Saya nak naik pangkat..
- Saya nak besarkan bisnes..
- Saya nak beli kereta..
- Saya nak kumpul duit/emas/perak..

Mungkin mencerminkan 'keakuan diri' masih menebal - iaitu lebih memikirkan tentang kemahuan diri pada dunia..

Tapi manusia yg sentiasa 'mengakui' diri sebagai Hamba Allah mungkin lebih cenderung menjawab :

- Saya nak lihat Khilafah bangkit..
- Saya nak bermuamalah dengan Dinar & Dirham..
- Saya nak bebas dari hutang riba'..
- Saya nak hidup ikut Sunnah..
- Saya nak berhijrah dari sistem Dajjal..
- Saya nak istiqamah beribadah malam..


JOM! Nilai diri kita semula, siapakah kita ? Siapakah AKU ?

"AKU" jenis yang mana satu dalam diri kita sekarang ini ?

Aku yang bersikap 'keakuan' atau Aku yang 'mengakui' ?

....

Cuba renungkan dalam-dalam jawapan kedua-dua "Aku" di atas, sehingga kita dapat merasai 'Keakuan' dan 'Mengakui' itu mempunyai 'roh perjuangan yang berbeza'.. Kedua-duanya sentiasa bertentangan dan tidak mungkin akan bersatu..

'Keakuan' cenderung mengutamakan keinginan dan keperluan diri sendiri terhadap dunia.. Tapi 'Mengakui' sentiasa meletakkan diri sebagai Hamba ALLAH yang bertanggungjawab memperjuangkan Hak ALLAH dalam kehidupan dunia..

'Keakuan' cenderung meletakkan kesenangan Dunia sebagai skop matlamatnya, tapi 'Mengakui' sentiasa meletakkan Akhirat sebagai matlamat tertinggi dan baginya Dunia bukan tempat mengumpul kesenangan tapi perjuangan mejauhi/melepaskan kesenangan demi menjaga Akhiratnya..

'Keakuan' hanya sensitif kepada sesuatu permasalahan yang berkaitan 'kepompong dunia'nya sendiri, tapi 'Mengakui' sensitif dan rasa bertanggungjawab terhadap masalah yang melanda nasib ummah dan agama seluruhnya..

....

JOM! Hayati cara hidup Nabi SAW serta para Sahabat Baginda..

Berapa besarkah rumah Baginda SAW ?
Berapa banyak dinar dan dirham Baginda simpan untuk diwariskan ?
Para Sahabat yang jutawan menggunakan harta kepada jalan ALLAH atau disimpan utk kegunaan sendiri dan anak bini ?
Berapa kali nyawa mereka pertaruhkan demi menegakkan Hak ALLAH ?

Adakah Nabi SAW dan para Sahabat seimbangkan kepentingan Dunia dengan kepentingan Akhirat ? Atau mereka 'menjual' Dunia pada jalan ALLAH demi mencari keredhaan ALLAH di Akhirat ?


JOM! Bandingkan cara hidup ilmuwan, pemimpin dan masyarakat moden hari ini..

Berapa ramaikah yang berjuang mencontohi jalan perjuangan Nabi SAW dan para Sahabat ? Yang mencontohi 100% perjuangan dakwah Rasulullah SAW ? Bukan yang sekadar dilihat berjuang 'mengakui' tapi masih bercampur dengan sikap 'keakuan'.. Kerana hanya yang ikut 100% Sunnah Nabi SAW akan dijamin SELAMAT..

....

JOM! Renungkan semula, antara 'Keakuan' dan 'Mengakui' mana satu yang MENUJU JALAN SELAMAT..?

AKhir sekali, kami tinggalkan satu persoalan untuk difikirkan bersama..

"Jika 'keakuan' itu bukan cara hidup sunnah Nabi SAW, maka cara hidup SIAPAKAH ITU dan ke JALAN MANAKAH yang bakal dituju ?"

Semoga nukilan ini memberi manfaat kepada yang memahami dan tidak memberi mudarat kepada yang masih belum memahami..

Wallahua'lam...


-Pemanah Minda-
JOM! Semarakkan Kebangkitan Islam Akhir Zaman
1 Zulkaedah 1432H
12:09 tengahari
Selatan Tanah Melayu, Nusantara, Timur Jauh

SUMBER ASAL : http://www.facebook.com/photo.php?fbid=257018214340557

TEROWONG GELAP YAKJUJ MAKJUJ


























Sedarkah kita Yakjuj Makjuj telah lama bebas dari kurungan tembok Zulkarnain ?
Dan kita semua hari ini sedang dikurung pula oleh puak si pembuat fasad itu ?
Pernahkah kita rasa betapa 'gelap'nya sistem dan cara hidup manusia hari ini ?

Apakah 'kegelapan' yang kami maksudkan..?

GELAP sangat signifikan sebagai keadaan yang dapat mengganggu fungsi MATA manusia dari melihat sesuatu objek dengan jelas dan tepat. Dan jika tiada satu CAHAYA pun yang wujud, maka mata kita 100% TAK AKAN DAPAT MELIHAT.. Gelap, mata dan cahaya ini telah memberi inspirasi kepada kami (dengan izin ALLAH) untuk mengaitkannya dengan situasi fitnah akhir zaman ini..

Kegelapan yang dimaksudkan adalah sistem tatacara hidup manusia zaman kini yang diperkenalkan oleh Yakjuj Makjuj sebagai agenda fitnah kepada semua manusia dari menyedari hakikat TUJUAN SEBENAR kita dicipta dan dihidupkan di muka bumi ini.. Gelap juga sering dikiaskan sebagai kejahatan..

Contoh sistem 'gelap/jahat' Yakjuj Makjuj :
- Sistem ekonomi & matawang kertas (riba')
- Sistem pendidikan sekular
- Sistem pekerjaan sekular moden

Kita semua sedia tahu 'mata adalah buta tanpa kehadiran cahaya' dan 'hanya dengan adanya cahaya mata boleh berfungsi dengan baik untuk melihat'.. Maka Yakjuj Makjuj juga telah mencipta 'cahaya songsang' untuk membolehkan umat manusia melihat 'sistem gelap' mereka sebagai satu kemodenan, kecanggihan, kenikmatan dan 1001 kebaikan mempersona yang wajib dimiliki oleh manusia hari ini..

'Cahaya songsang' Yakjuj Makjuj yang dimaksudkan adalah ideologi & cara hidup sekular moden ciptaan mereka seperti budaya materialistik yang menjadikan wang kertas sebagai ukuran kekayaan dan pinjaman riba' sebagai kemudahan utama untuk mengumpul aset dan harta. Mereka juga membasuh minda masyarakat supaya menganggap pendidikan agama sebagai ketinggalan dan tak menjamin masa depan yang baik supaya mahasiswa yang cenderung memilih aliran sekular. Untuk menjayakan sistem pekerjaan moden yang mengejar pangkat & gaji, mereka mencipta trend supaya pekerja bawahan paling teruk dikerah keringatnya tak setanding upah 'ciput' yang diterima.

Melalui 'cahaya songsang' ini, 'mata' manusia telah diprogram untuk melihat kesemua sistem moden Yakjuj Makjuj hari ini sebagai keperluan yang wajib dikejar untuk mencapai taraf hidup yang selesa dan bahagia. Dengan mencipta 'cahaya songsang' ini, mereka telah berjaya mengubah fitrah dan cara hidup semulajadi manusia. Akhirnya hari ini manusia telah ditransformasi dari berperanan sebagai Khalifah Allah kepada peranan sebagai hamba kepada sistem jahat Yakjuj Makjuj (atau sistem Dajjal kerana Dajjal lah dalang utama di sebalik semua ini).

Mari kita semua nilai semula sistem dan cara hidup kita pada saat ini, menggunakan mata zahir dan mata hati masing-masing.. Buka 'mata' luas-luas dan renung dengan 'hati' sedalam-dalamnya.. Jika kita hanya terpesona kepada indah & cantiknya dunia hari ini, bermakna kita telah tertipu dengan fitnah Al Masikhud Dajjal yang sedang dilaksanakan dengan jayanya oleh Yakju' Makju' selama ini..

Sedarlah saudara-saudaraku,
Sebenarnya kita sedang dikurung dalam sebuah terowong yang gelap gelita - kotor, busuk dan penuh kejahatan..! Kecantikan, kewangian dan kebaikan yang sedang kita rasai itu adalah kerana terowong gelap Yakjuj Makjuj ini sedang diterangi oleh 'cahaya songsang' ciptaan mereka..! Kita semua sedang dikurung dalam terowong fitnah Al Masikhud Dajjal Laknatullah Alaih..!

Saudara-saudaraku semua, adakah kalian masih tak percaya..?!
Kita semua harus sedar dan keluar dari Syurga Palsu ini.. Tapi bagaimana..?

Mari padamkan 'cahaya songsang' yang selama ini menyilau pandangan hati nurani kita.. Kita pusingkan 360 darjah sudut pandangan dari sumber 'cahaya songsang' itu - kita campak dan bakar semua ideologi, fahaman, cara hidup dan sistem songsang ciptaan Yakjuj Makjuj dari jasad dan rohani kita.

Kita cari semula 'cahaya hakiki' yang selama ini kita terlepas pandang di hujung terowong yang menghala ke jalan Ilahi.. Itulah 'Nur Ilahi' - Hidayah ALLAH yang dapat menunjukkan jalan keluar dari 'kegelapan' hari ini menuju ke Neraka Palsu.. Berkat Nur dan Petunjuk Ilahi, kita semua akan keluar bebas dari terowong perhambaan Dajjal dan kembali sedar peranan kita sebagai Khalifah ALLAH yang sebenar.. InsyaALLAH, bi iznillah..


-Pemanah Minda-
JOM! Semarakkan Kebangkitan Islam Akhir Zaman
24 Syawal 1432H
11:53 pagi
Selatan Tanah Melayu, Nusantara


FITNAH SYURGA & NERAKA DAJJAL



Hebatkah semayam di rumah bak istana ?
Tanpa kau hirau dosa haramnya pinjaman riba
Pasti tak berguna sesalan di Alam Barzakh sana
Di saat seksaan keras yang dijanjikan itu tiba

Bangga sangatkah berkereta mewah dan disanjung ?
Sedangkan saudara Muslim ramai kebulur merempat
Mana kau campak sifat zuhud Nabi sahabat teragung ?
Yang kononnya kau akui diri tergolong sebagai umat

Seronokkah hiburan dan kecantikan wanita ?
Hingga kau lalai peranan hamba dan Khalifah
Tunggulah saat perhitungan dirantai anggota
Biar amalmu mengaku setiap dusta dan salah

Sedarkah kau fitnah besar teknologi kemodenan ?
Yang dicanang hebat oleh para musuh agama ALLAH
Hingga Muslim dijerat terlunyai iman dipermainkan
Oleh dosa perkosa setiap bait wasiat Rasulullah

Sanggupkah kau memilih jalan ke Neraka ?
Mampukah kau tinggalkan keindahan Syurga ?
Memungut sunnah yang lama kau sisih leka
Dan membuang nikmat dunia yang tak terhingga

Mahukah kau bakar serakah nafsu duniamu ?
Dan menyuci dosa syirik pekat pada Syurga Ilusi
Hanguskan ia dengan bara nyala di gengamanmu
Bersumbukan tali Quran Hadis yang tak bisa diatasi

Tidakkah kau tahu betapa sejuknya api Neraka itu ?
Dan panas air sungai Syurga itu bergelegak mendidih
Hanya diketahui mata hati hamba Tuhan Yang Satu
Bukan mata zahir pengikut Dajjal Laknatullah Alaih


-Pemanah Minda-
JOM! Semarakkan Kebangkitan Islam Akhir Zaman
22 Syawal 1432H
3:40 petang
Selatan Tanah Melayu, Nusantara

Friday 21 October 2011

IKHTIAR UNTUK MELANGSAIKAN BAKI HUTANG PTPTN

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...



Saudara sekalian dah dapat bonus raya ? Bersyukurlah dengan rezeki kurniaanNya meskipun nilainya kecil. Jika tiada bonus langsung pun jangan mengeluh kerana semua adalah ketentuanNya, sebaliknya kita tetap perlu bersyukur kerana nikmat hidup, kesempurnaan jasad, kesempatan Ramadhan dan 1001 macam kurniaan ALLAH yang sangat besar selama ini kita nikmati bahkan lebih berharga jika nak dibandingkan dengan nilai bonus raya :)

Bagaimana dengan belanjawan raya kalian ? Adakah sama hebat seperti tahun-tahun sebelum ini ? Atau terdapat perubahan drastik dek kerana situasi ekonomi dunia semasa yang semakin tak menentu ? Maklum sajalah sejak 2 Ogos 2011 yang lalu ramai yang semakin celik terhadap nilai wang kertas yang semakin pantas susutnilainya. Maka semakin ramai jugalah yang mula percaya bahawa kejatuhan ekonomi sedunia pasti akan berlaku dalam masa yg terdekat.


Antara HARTA dan HUTANG yang mana perlu lebih diutamakan ?

Ramai yang mula membeli emas, perak, dinar & dirham untuk dijadikan simpanan sebagai pelindung kepada nilai kekayaan mereka yang selama ini hanya tercetak di kepingan-kepingan kertas mahu pun hanya tertera di skrin-skrin komputer dan mesin elektronik. Dalam pada kita sibuk berusaha menyelamatkan harta kekayaan dari susut dimakan inflasi, ramai juga yang masih terlepas pandang kepada satu lagi ancaman yang lebih besar dan lebih utama untuk diselesaikan iaitu ancaman hutang sama ada pinjaman bank, peribadi, kereta, pelajaran, rumah dan sebagainya.

Segala mak nenek hutang yang masih belum langsai adalah ancaman terbesar bagi umat manusia terutama umat Islam kerana ia bukan saja menentukan nasib kita di dunia apabila Israel merajai sistem ekonomi & kewangan dunia sikit masa lagi, tapi juga nasib kita di Akhirat kelak akibat saki baki hutang yang belum selesai apatah lagi jika ianya terkandung dosa besar riba. Na'uzubillah.. Maka, usaha kita untuk menyelamatkan diri dari bebanan hutang adalah lebih penting berbanding usaha menyelamatkan harta benda duniawi kerana hidup di dunia hanya sementara, di Akhirat jualah yang kekal abadi.


Apakah ikhtiar kita untuk melangsaikan hutang PTPTN secepat mungkin ?

Persoalannya, apakah ikhtiar kita untuk melangsaikan hutang yang masih berbaki sebelum sistem ekonomi & matawang kertas dunia tersungkur dan diambil alih oleh puak Zionis yang ternyata sedang merancang satu sistem penindasan dan perhambaan yang lebih dahsyat ?

Kami akan berkongsi ilham & gerak yang dikurniakan ALLAH sebagai salah satu jalan usaha membantu kita melangsaikan hutang PTPTN tanpa menggunakan satu sen pun duit gaji atau simpanan. Namun, kemungkinan besar cara penyelesaian yang akan kami kongsikan ini hanya sesuai dilakukan oleh golongan tertentu saja terutama yang berumur lewat 20-an dan ke atas dan mempunyai simpanan KWSP.

Apa kena mengena dengan golongan berumur lewat 20-an ke atas dan mempunyai simpanan KWSP ?

Kerana golongan ini biasanya telah bekerja sekurang-kurangnya selama 5 tahun dan jumlah simpanan yang terkumpul dalam akaun KWSP adalah mencukupi untuk melangsaikan saki baki hutang PTPTN tersebut. Ya, dalam erti kata lain kami bermaksud menggunakan wang simpanan dalam akaun KWSP untuk melangsaikan hutang PTPTN yang masih berbaki.

Contoh :

Katalah Amir (bukan nama sebenar) mempunyai saki baki hutang PTPTN sebanyak RM 20,000

Katakan juga Amir ada jumlah simpanan (akaun 1 + akaun 2) KWSP sebanyak RM30,000

Maka, ikhtiar yang boleh Amir lakukan untuk membereskan saki baki hutangnya adalah seperti berikut :

Amir perlu sediakan 2 pucuk surat kepada pihak PTPTN dan juga kepada pihak KWSP,
  • Surat kpd KWSP - nyatakan hasrat dan arahan utk menyerahkan wang simpanan KWSP kepada pihak PTPTN mengikut nilai baki hutang
  • Surat kpd PTPTN - nyatakan niat kita untuk berhenti membayar secara bulanan dan memaklumkan bahawa kita telah arahkan pihak KWSP menggunakan wang simpanan KWSP kita untuk melangsaikan hutang PTPTN
Tekankan juga niat kita melakukan semua ini adalah untuk melangsaikan hutang PTPTN secepat mungkin demi menyelamatkan diri dari bebanan hutang terutama menjelang zaman kejatuhan ekonomi & kewangan dunia yang sangat hampir berlaku.

UPDATE 26 Ramadhan 1432H, 12:23 AM
Cara-cara nak berurusan dgn pihak PTPTN dan KWSP untuk melangsaikan hutang PTPTN menggunakan duit simpanan KWSP.. [Hasil pengalaman sebenar yg dikongsi oleh Citra Zara Rania.. kredit kepada beliau]

1. Mula2 pegi PTPTN (damansara), isi borang untuk dapatkan surat penyata baki ptptn (jumlah baki yang dinyatakan sah untuk 3 bulan)... tunggu seminggu dua hingga PTPTN poskan surat penyata baki akhir yg perlu dibayar

2. Surat dari PTPTN itu kita bawa ke KWSP jalan raja laut, perlu isi borang, pilih option sama ada bayaran baki (jumlah dari Akaun 2) tu KWSP bayar kat kita atau KWSP bayar direct to PTPTN... cadangan saya pilih option KWSP bayar direct to PTPTN...

3. and tadaaaa... settle!! kalau baki dalam akaun 2 KWSP anda tak cukup untuk bayar semua jumlah PTPTN, tak apa... tunggu beberapa bulan lagi sampai akaun 2 penuh balik, then ulang langkah2 di atas...


Kenapa menggunakan wang simpanan KWSP ?

Secara ringkasnya, walau pun wang simpanan KWSP adalah hak milik kita selaku pencarum tetapi syarat-syarat pengeluarannya adalah sangat terhad & ketat. Semua rakyat Malaysia sedia maklum, wang simpanan KWSP adalah wang caruman bulanan terkumpul yang hanya boleh dikeluarkan apabila kita telah mencapai usia persaraan atau dikeluarkan untuk tujuan pembelian seperti rumah, komputer dan pembiayaan perubatan kesihatan.

Persoalannya, setelah sedar tentang hakikat situasi dan propaganda sistem ekonomi & matawang dunia yang semakin genting hari ini apakah agaknya yang akan terjadi kepada wang tabungan KWSP kita ? Selepas kejatuhan wang kertas dunia yang bakal berlaku sikit masa saja lagi, adakah kita mampu menuntut semua wang simpanan KWSP kita ?

Ada beberapa kemungkinan yang boleh dijangkakan setelah kiamat ekonomi US terjadi iaitu :
  • Kemungkinan berlaku kegagalan total terhadap sistem matawang dunia yang mengakibatkan nilai wang yg tersimpan di bank-bank, amanah saham termasuk di dalam KWSP menjadi tidak laku sama sekali
  • Kemungkinan nilai wang simpanan kita masih wujud tetapi telah dipaksa untuk diselaraskan ke dalam sistem kewangan elektronik/digital terbaru yang dikawal dan dikuasai oleh kuasa ekonomi dunia yang baru iaitu ISRAEL.
Sekiranya kemungkinan pertama di atas berlaku, maka hangus dan leburlah semua wang simpanan KWSP kita semua. Jika kemungkinan kedua di atas berlaku, kita juga bakal tersepit di bawah kekuasaan Israel Zionis. Adakah kita sanggup menggadai maruah Islam untuk tunduk dan akur kepada sistem perhambaan kewangan terbaru di bawah cengkaman penindasan Zionis ? Tepuk dada tanya iman :)

Kesimpulannya, kita harus menerima hakikat untuk tidak lagi berharap kepada wang KWSP sebagai simpanan atau pelaburan masa depan kerana nilainya boleh direntap bila-bila masa saja. Melihat kepada situasi akhir zaman hari ini, adakah kita masih menaruh harap untuk mengumpul harta dan kesenangan dunia ? Masihkah kita berharap untuk mengeluarkan wang KWSP untuk membeli rumah idaman sedangkan ia pasti melibatkan pinjaman riba dan menambah bebanan hutang jangka masa panjang ? Atau masih optimis untuk terus menunggu berpuluh dan berbelas tahun lagi sehingga kita mencapai umur persaraan ?

Apa yang masih kita mampu lakukan di saat-saat akhir sebelum kiamat ekonomi US terjadi adalah berusaha memanfaatkan wang simpanan KWSP yang telah lama terkumpul hasil titik peluh kita selama bertahun-tahun sebagai 'pelangsai hutang PTPTN' (melalui cara yg telah diterangkan tadi) seblum ianya hangus begitu saja atau jatuh ke tangan Yahudi Zionis.


Adakah ikhtiar ini realistik atau tak masuk akal ?

Masa semakin suntuk sedangkan jumlah hutang masih banyak memerlukan tempoh yang panjang untuk diselesaikan. Apa lagi yang termampu kita usahakan ? Apa yang kami kongsikan di sini adalah ilham yang kami perolehi setelah terlalu banyak memikirkan cara & ikhtiar untuk membayar semula hutang PTPTN.

Bila kita cuba melakukan sesuatu yang menongkah arus, pasti tidak akan dilayan malah akan ada saja halangan walaupun niat kita sangat baik. Adakah pihak KWSP akan membuat pertimbangan dan melayan permintaan sedemikian ? Apatah lagi ianya mungkin bertentangan dengan dengan segala macam syarat perjanjian,pekeliling dan sebagainya.

Apa yang pasti, setiap wang yang telah dicarum dalam akaun KWSP adalah hak milik kita. Pendapat kami, kita berhak menggunakannya untuk melangsaikan hutang PTPTN terutama di saat yang sangat penting hari ini. Jika pihak KWSP tidak membenarkan kita berbuat demikian, maka kita serahkanlah segalanya kepada ALLAH untuk menilai niat hati kita terhadap isu ini. Semoga ikhtiar yang diusahakan ini mampu melepaskan tanggungan kita terhadap beban hutang tersebut walaupun ianya tidak dilaksanakan oleh KWSP. Semoga ALLAH memandang niat hati kita walaupun hakikatnya pihak KWSP menghalangnya. Wallahua'lam..

Mungkin perlu diwujudkan satu kumpulan yang menggerakkan kesedaran dan sokongan terhadap ikhtiar sebegini. Perkara terpenting yang perlu diusahakan untuk menyemarakkan sokongan ramai pihak adalah melalui kesedaran orang ramai terhadap implikasi negatif yang bakal berlaku ke atas wang simpanan KWSP akibat kejatuhan sistem ekonomi & matawang dunia yang terancang. Tanpa kesedaran ini, mana mungkin orang ramai akan peka dan sensitif terhadap nasib wang simpanan KWSP masing-masing. Apatah lagi kesedaran untuk berusaha melangsaikan segala hutang piutang secepat mungkin sebelum zaman kejatuhan ekonomi US.

Kami sedar bahawa tidak ramai yang memahami dan mengambil peduli tentang hakikat situasi akhir zaman hari ini di mana umat manusia sedang berada dalam bahaya fitnah terbesar Dajjal Laknatullah. Maka idea dan usaha kami untuk melangsaikan hutang PTPTN melalui wang simpanan KWSP pasti akan dipandang serong, diperlekeh dan ditertawakan orang ramai sebagai satu idea yang gila, mengarut dan melucukan.

Walau apa pun pandangan pihak lain, kami masih rasakan usaha yang diilhamkan ini adalah salah satu ikhtiar yang boleh diusahakan di saat masa yang kian suntuk. Bagi kami dan mungkin sebilangan dari saudara sekalian yang sependapat dengan kami pasti menganggap ikhtiar ini adalah satu langkah besar yang sangat penting demi menyelamatkan diri kita dari bebanan hutang.

Jika kalian tak sependapat dengan kami, maka anggap saja artikel ini sebagai kisah penglipurlara angan-angan Mat Jenin :) Kami sentiasa menghormati pendapat semua pihak, kerana benar dan salah pada zaman ini sangat subjektif bergantung kepada bagaimana seseorang itu melihat, menilai dan memahami tentang hakikat dunia akhir zaman pada hari ini.


Penutup

Mohon pendapat, komen, cadangan dan apa saja input dari saudara sekalian tentang idea 'gila' kami ini :) Mungkin artikel ini boleh menjadi pencetus kepada idea-idea lain yang boleh kita ikhtiarkan bersama merealisasikan matlamat melangsaikan hutang PTPTN melalui kaedah ini atau sewaktu dengannya.

Kami telah wujudkan FB Event 'Langsaikan Hutang PTPTN Dengan Simpanan KWSP" sebagai medium perbincangan mengenai ikhtiar yang kami cadangkan ini. Kalian semua sangat dialu-alukan untuk turut sama berbincang di sana melalui link berikut : http://www.facebook.com/event.php?eid=254047264616634

Kami juga telah sediakan satu FB Question untuk menilai pendapat saudara semua tentang artikel/note kami ini. Kami berharap kalian semua dapat menjawab dengan sejujurnya. Berikut adalah link FB Question yang dimaksudkan : http://www.facebook.com/questions/241053205937058

Akhir kata kami mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyempurnakan Ibadah di Bulan Ramadhan dan Salam Aidilfitri 1432H, mohon maaf zahir dan batin atas segala salah dan silap pihak kami sepanjang mengendalikan Page ini.


Sekian. Wassalam

Admin
JOM! Semarakkan Kebangkitan Islam Akhir Zaman
25 Ramadhan 1432H
8:43 pagi
Selatan Tanah Melayu

SUMBER ASAL : IKHTIAR UNTUK MELANGSAIKAN BAKI HUTANG PTPTN

JAUHI SYIRIK EMAS & PERAK. NIATLAH UNTUK TEGAKKAN MATAWANG SUNNAH

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...



Kami mulakan dengan sepotong Hadis Nabi SAW yang sangat popular pada hari ini :

"Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan)" - Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal

Hadis ini semakin disebut-sebut di kalangan masyarakat sekeliling, baik yang muda mahu pun berusia, oleh golongan berserban mahu pun bertali leher, sama ada dari mulut seorang ustaz atau dari lidah seorang berminda sekular. Wah, semakin ramai umat Islam mula menyampaikan pesanan Baginda SAW.. Apakah ini tanda-tanda awal kebangkitan umat Islam akhir zaman ? Benarkah begitu ?

Bila diamati bukan semua yang menyebut-nyebut Hadis berkenaan berniat untuk menyeru kepada kebangkitan umat Islam secara menyeluruh. Sangat menyedihkan kerana majoritinya adalah manusia yang sebenarnya jarang (atau mungkin tak pernah) berpesan-pesan dan berdakwah tentang agama Islam, tetapi tiba-tiba menjadi orang yang paling kerap membicarakan hadis tersebut kepada hampir semua rakan dan temannya. Jika bukan kerana agama ALLAH, apakah niat golongan sebegini sebenarnya ?

Mungkin saudara sendiri sudah dapat mengagak jawapannya - KEBANYAKANnya kerana mereka menjual dinar & dirham (emas & perak)..

[Artikel/Note ini ditujukan khas kepada PENJUAL/PENGEDAR dan PEMBELI/PENYIMPAN Dinar/Dirham atau Emas/Perak]


Fenomena Emas dan Perak Hari Ini

Sudah tentu majoriti dari kita semua di sini telah sedar tentang meningkatnya perhatian manusia hari ini terhadap emas dan perak. Betapa hebatnya penangan logam berharga ini apabila semakin banyak pengeluar emas & perak di pasaran sekarang, begitu juga semakin ramainya rakyat marhaen yang mula  menyimpan emas & perak. Apa agaknya yang menyebabkan fenomena emas & perak ini semakin menular di kalangan masyarakat waktu ini ? Sebab yang paling utama mendorong situasi ini adalah kejatuhan nilai matawang sedunia yang diramalkan berlaku tak lama lagi sehingga wang kertas tidak lagi laku nilainya hatta 'seposen' pun.

Maka berbondong-bondonglah umat manusia mengejar emas & perak untuk dijadikan simpanan bagi melindungi harta kekayaan yang mereka bina dari wang kertas selama ini. Melihat kepada trend permintaan yang tinggi terhadap logam berharga ini maka semakin bercambahlah pengeluar emas & perak menawarkan stok bekalan di samping mengaut keuntungan hasil jual beli emas & perak. Begitu jugalah membiaknya ejen penjual dan pengedar yang mengejar komisyen lumayan setiap transaksi jual beli emas & perak yang berjaya dilakukan.

Sekilas pandang fenomena ini adalah sesuatu yang positif kerana umat Islam khasnya telah mula sedar betapa emas & perak adalah ukuran kekayaan sebenar bukannya wang kertas fiat ciptaan Yahudi Zionis yang susutnilainya semakin parah. Secara tidak langsung kesedaran ini telah menjadi titik tolak kepada semakin ramai umat Islam mula menyimpan emas & perak. Maka tersenyum lebarlah para ejen pengedar dan penjual emas & perak menikmati komisyen mereka yang boleh mencecah 4-5 angka sebulan. Malah ada yang sudah bergelar jutawan dalam tempoh singkat dengan bermodalkan fakta tentang zaman kejatuhan matawang kertas sedunia yang semakin hampir di samping menjadikan Hadis Nabi SAW di atas sebagai penguat hujah mereka ketika memancing pembeli.

Namun di sebalik kesedaran umat Islam kembali kepada sunnah emas & perak dan kejayaan pengedar/penjual meraih pendapatan lumayan hasil dari jual beli emas & perak, terselit KEMUNGKARAN yang semakin berleluasa. Adakah saudara sekalian sedar dan faham apa yang kami maksudkan ?  Atau kalian hanya nampak fenomena emas & perak ini dari sudut kebaikan semata-mata ? Jika ada yang masih belum faham KEMUNGKARAN yang kami maksudkan, JOM! ikut kami melihat fenomena ini dengan mata hati yang tunduk kepada syariat Islam bukan dari kaca mata zahir yang cenderung terpesona kepada kekayaan dunia semata-mata.


Syirik Emas & Perak ?

Perihal syirik sangat luas, kami akan beri sedikit penerangan tentang syirik secara ringkas yang berkaitan dengan skop artikel ini saja. Syirik secara umumnya bermaksud perbuatan menyekutukan ALLAH sama ada dalam bentuk perkataan, pegangan, perbuatan atau iktikad. Ini jelas menunjukkan terdapat banyak bentuk dan cabang syirik bukan hanya menyembah selain dari ALLAH semata-mata. Dalam konteks fenomena emas & perak pada hari ini, terdapat dua bentuk syirik yang sangat ketara berlaku di kalangan PENJUAL/PENGEDAR dan PEMBELI/PENYIMPAN iaitu :
  1. Kepercayaan bahawa emas & perak mampu menyelamatkan manusia dari bencana ekonomi dan matawang dunia
  2. Menghalalkan sesuatu yang jelas telah diharamkan oleh ALLAH SWT iaitu riba
Syirik bentuk yang pertama di atas kerap berlaku sama ada secara sedar atau tidak oleh si pelaku. Bagi kebanyakan PEMBELI/PENYIMPAN emas & perak, tujuan utama mereka membeli dan menyimpan logam tersebut adalah kerana takut menjadi miskin sekelip mata akibat dari  bencana ekonomi dan kejatuhan matawang kertas pada masa akan datang. Mereka menganggap emas & perak sebagai penyelamat dan pelindung kepada harta kekayaan mereka.

Syirik kedua pula sering berlaku di kalangan PENJUAL/PENGEDAR dan PEMBELI/PENYIMPAN. Ramai penjual/pengedar menggalakkan pelanggannya membuat pinjaman bank yang jelas ada unsur riba yang diharam oleh ALLAH semata-mata untuk membeli emas & perak dengan pelbagai alasan sama ada sebagai persediaan menghadapi 'kiamat ekonomi' atau sebagai pelaburan yang akan memberi pulangan lumayan dalam bentuk wang kertas dalam jangka masa panjang. Kebanyakan Pembeli/Penyimpan mudah terpengaruh dan terlibat dengan pinjaman riba dengan niat untuk memanipulasi emas & perak ke atas kelemahan sistem matawang kertas demi mengaut keuntungan semata-mata.

Sesungguhnya tiada suatu pun dapat menyelamatkan kita dari sebarang bencana dan kesusahan melainkan ALLAH Yang Maha Kuasa. Jika kita ada berkilo-kilo emas & perak sekali pun, belum tentu kita akan terselamat dari bencana ekonomi jika tidak diizin ALLAH SWT. Bahkan ALLAH boleh saja mengirimkan seorang perompak pada bila-bila masa untuk melesapkan simpanan berjuta kita itu. Sesungguhnya ALLAH Maha Kuasa, makhluk tiada kuasa tanpa izin dariNYA.

Sedarlah bahawa apa saja yang berkait dengan matawang kertas hari ini adalah riba kerana ia dicipta oleh musuh Islam (Yahudi Zionis) melalui cara penipuan. Apatah lagi pinjaman bank yang jelas berunsurkan penindasan dan perhambaan. Jauhilah dosa besar riba, kerana ALLAH dan Rasul mengisytiharkan perang kepada para pelaku riba.

“Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orung-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba.) maka ketahuilah bahwa Allah dan RasulNya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pakok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya.” (Al-Baqarah: 278-279)

Telah jelas ALLAH mengharamkan apa jua bentuk riba, jika kita masih sengaja mengamalkannya maka sangat jelas syirik kepada perintah ALLAH SWT. Jangan hanya kerana mengejar kesenangan duniawi menghalang sensitiviti mata hati kita dari mengesan kesyirikan sama ada dalam bentuk halus atau yang nyata seperti yang diterangkan di atas.


Jagalah Niat Kita Dalam Berjual Beli dan Menyimpan Emas

Realitinya masih terlalu ramai saudara Islam kita yang tidak memahami hakikat situasi dunia akhir zaman hari ini, terutama perancangan musuh-musuh Islam mencipta sistem ekonomi dan matawang yang penuh muslihat riba di dalamnya. 'Kiamat ekonomi' yang bakal berlaku tidak boleh dipandang melalui satu sisi iaitu keselamatan harta kekayaan duniawi semata-mata. Sebaliknya umat Islam yang mengkaji ilmu akhir zaman pasti akan faham betapa penting dan gentingnya untuk kita menyelamatkan IMAN dan AQIDAH kita sebagai umat Islam pada hari ini.

Hakikat bencana ekonomi yang berlaku hari ini adalah disebabkan umat manusia telah lama meninggalkan matawang sunnah terutama Dinar dan Dirham. Untuk memulihkan kembali kehancuran yang sedang dicipta oleh puak Kuffar ini adalah dengan menegakkan kembali matawang sunnah menggantikan wang kertas riba hari ini. Ini bermaksud menggunakan kembali emas & perak sepenuhnya tanpa disandarkan kepada kepentingan wang kertas riba. Maka niat kita sebagai Pengedar, Penjual, Pembeli atau Penyimpan emas & perak mesti 100% selaras dengan ajaran Al Quran dan Hadis yang menghalalkan wang sunnah dan mengharamkan riba.

Berapa ramai dari kita yang berjual beli dan menyimpan emas & perak dengan niat untuk menegakkan kembali matawang sunnah ?

Kerana itu ramai Pengedar, Penjual, Pembeli atau Penyimpan emas & perak hanya mengutamakan kepetingan diri dan mengejar kesenangan dunia semata-mata hingga melakukan perkara-perkara yang jelas dilarang oleh syariat Islam. Tidak kira sama ada kita adalah Pengedar, Penjual, Pembeli atau Penyimpan emas & perak, berpegang teguhlah kepada Aqidah Islamiyah yang meletakkan hak dan syariat ALLAH SWT di tempat tertinggi mengatasi keinginan dan kepentingan duniawi.


Tegakkanlah Matawang Sunnah, Hapuskanlah Matawang Riba

Jika kita seorang Pengedar/Penjual emas & perak, utamakanlah niat untuk membantu seberapa ramai umat Islam memiliki emas & perak sebagai langkah awal memartabatkan semula matawang sunnah. Jangan berniat mengejar keuntungan semata-mata hingga menggalakkan pelanggan yang tidak berkemampuan terlibat dengan dosa riba dari pinjaman bank.

Sebagai Pembeli/Penyimpan pula, niatkan pembelian emas & perak adalah untuk menukarkan wang kertas riba yang dimiliki manakala emas & perak yang disimpan itu bertujuan untuk digunakan sebagai matawang sunnah kelak. Jangan sesekali berniat menyimpan emas & perak sebagai pelaburan yang bertujuan mendapatkan keuntungan jangka masa panjang apabila ditukar semula ke dalam bentuk wang kertas riba.

Jika kita masih tidak berkemampuan memiliki emas & perak, jangan pernah berhajat untuk membuat pinjaman bank yang hanya akan menjebakkan diri kita ke kancah dosa tak terampun riba. Sebaliknya ketahuilah matawang sunnah bukan sekadar dinar & dirham kerana komoditi seperti beras, garam dan gula juga boleh disimpan untuk dijadikan sebagai matawang sunnah kelak.


Kesimpulan

Matlamat artikel/note ini ditulis adalah untuk berkongsi pandangan kami terhadap 'niat songsang' kebanyakan mereka yang terlibat dengan jual beli dan simpanan emas sehingga boleh mengakibatkan kesyirikan kepada ALLAH SWT. Juga pendapat kami tentang kiamat ekonomi dan matawang dunia yang bakal berlaku nanti adalah disebabkan sistem ciptaan Kuffar yang sengaja menghapuskan keberkatan matawang sunnah dan menggantikannya dengan keharaman matawang riba. Kami juga menggesa umat Islam hari ini agar sedar hanya terdapat satu penyelesaian kepada 'kiamat ekonomi' yang dapat meyelamatkan kita di dunia dan di akhirat iaitu memartabatkan semula matawang sunnah serta meninggalkan sistem wang kertas riba.

Diharap nukilan ini dapat dikongsi dengan ramai saudara kita yang masih bergelumang dalam dosa riba agar mereka sedar dan kembali menegakkan semula matawang sunnah. Semoga mereka menjadikan emas & perak sebagai senjata memerangi riba bukannya menjadi hamba kepada matawang riba. Semoga hujah dan sembang si Pengedar/Penjual emas & perak selepas ini tidak lagi berkisar tentang untung rugi dan kekayaan dari skop ilmu ekonomi & kewangan sekular semata-mata, tapi berpandukan peringatan ALLAH dan Rasul tentang bahaya riba dan kewajipan menegakkan kembali matawang sunnah. Semoga niat tindakan si Pembeli/Penyimpan emas & perak memilih logam berharga itu bukan untuk mengumpul harta dunia semata tapi kerana takutkan dosa riba dan cintakan wang sunnah. InsyaALLAH..

Berbalik kepada Hadis di permulaan bicara, semoga selepas ini Pengedar dan Penjual emas & perak tidak hanya memperalatkan sabda tersebut dengan tujuan meraih untung semata-mata, tapi turut berpesan-pesan dan menyampaikan firman ALLAH dan sunnah Rasul yang mengamarankan tentang azab seksa yang menanti pelaku riba.



Wallahua'lam...


Admin
JOM! Semarakkan Kebangkitan Islam Akhir Zaman
6 Ramadhan 1432H
8:37 pagi
Selatan Tanah Melayu

SUMBER ASAL : JAUHI SYIRIK EMAS & PERAK. NIATLAH UNTUK TEGAKKAN MATAWANG SUNNAH