Saturday, 22 October 2011

SIAPAKAH 'AKU' ?






























JOM! Jawab soalan berikut :

"Apa impian anda setahun dari sekarang ?"
:
:
:
:
:
:

Jika jawapan spontan kita adalah :

- Saya nak rumah baru..
- Saya nak naik pangkat..
- Saya nak besarkan bisnes..
- Saya nak beli kereta..
- Saya nak kumpul duit/emas/perak..

Mungkin mencerminkan 'keakuan diri' masih menebal - iaitu lebih memikirkan tentang kemahuan diri pada dunia..

Tapi manusia yg sentiasa 'mengakui' diri sebagai Hamba Allah mungkin lebih cenderung menjawab :

- Saya nak lihat Khilafah bangkit..
- Saya nak bermuamalah dengan Dinar & Dirham..
- Saya nak bebas dari hutang riba'..
- Saya nak hidup ikut Sunnah..
- Saya nak berhijrah dari sistem Dajjal..
- Saya nak istiqamah beribadah malam..


JOM! Nilai diri kita semula, siapakah kita ? Siapakah AKU ?

"AKU" jenis yang mana satu dalam diri kita sekarang ini ?

Aku yang bersikap 'keakuan' atau Aku yang 'mengakui' ?

....

Cuba renungkan dalam-dalam jawapan kedua-dua "Aku" di atas, sehingga kita dapat merasai 'Keakuan' dan 'Mengakui' itu mempunyai 'roh perjuangan yang berbeza'.. Kedua-duanya sentiasa bertentangan dan tidak mungkin akan bersatu..

'Keakuan' cenderung mengutamakan keinginan dan keperluan diri sendiri terhadap dunia.. Tapi 'Mengakui' sentiasa meletakkan diri sebagai Hamba ALLAH yang bertanggungjawab memperjuangkan Hak ALLAH dalam kehidupan dunia..

'Keakuan' cenderung meletakkan kesenangan Dunia sebagai skop matlamatnya, tapi 'Mengakui' sentiasa meletakkan Akhirat sebagai matlamat tertinggi dan baginya Dunia bukan tempat mengumpul kesenangan tapi perjuangan mejauhi/melepaskan kesenangan demi menjaga Akhiratnya..

'Keakuan' hanya sensitif kepada sesuatu permasalahan yang berkaitan 'kepompong dunia'nya sendiri, tapi 'Mengakui' sensitif dan rasa bertanggungjawab terhadap masalah yang melanda nasib ummah dan agama seluruhnya..

....

JOM! Hayati cara hidup Nabi SAW serta para Sahabat Baginda..

Berapa besarkah rumah Baginda SAW ?
Berapa banyak dinar dan dirham Baginda simpan untuk diwariskan ?
Para Sahabat yang jutawan menggunakan harta kepada jalan ALLAH atau disimpan utk kegunaan sendiri dan anak bini ?
Berapa kali nyawa mereka pertaruhkan demi menegakkan Hak ALLAH ?

Adakah Nabi SAW dan para Sahabat seimbangkan kepentingan Dunia dengan kepentingan Akhirat ? Atau mereka 'menjual' Dunia pada jalan ALLAH demi mencari keredhaan ALLAH di Akhirat ?


JOM! Bandingkan cara hidup ilmuwan, pemimpin dan masyarakat moden hari ini..

Berapa ramaikah yang berjuang mencontohi jalan perjuangan Nabi SAW dan para Sahabat ? Yang mencontohi 100% perjuangan dakwah Rasulullah SAW ? Bukan yang sekadar dilihat berjuang 'mengakui' tapi masih bercampur dengan sikap 'keakuan'.. Kerana hanya yang ikut 100% Sunnah Nabi SAW akan dijamin SELAMAT..

....

JOM! Renungkan semula, antara 'Keakuan' dan 'Mengakui' mana satu yang MENUJU JALAN SELAMAT..?

AKhir sekali, kami tinggalkan satu persoalan untuk difikirkan bersama..

"Jika 'keakuan' itu bukan cara hidup sunnah Nabi SAW, maka cara hidup SIAPAKAH ITU dan ke JALAN MANAKAH yang bakal dituju ?"

Semoga nukilan ini memberi manfaat kepada yang memahami dan tidak memberi mudarat kepada yang masih belum memahami..

Wallahua'lam...


-Pemanah Minda-
JOM! Semarakkan Kebangkitan Islam Akhir Zaman
1 Zulkaedah 1432H
12:09 tengahari
Selatan Tanah Melayu, Nusantara, Timur Jauh

SUMBER ASAL : http://www.facebook.com/photo.php?fbid=257018214340557

No comments:

Post a Comment