Saturday, 22 October 2011

HAKIKAT SEBENAR HARTA


















Kenapa Nabi SAW dan para Sahabat bersifat ZUHUD ?

HARTA SEBENAR bukan apa yang kita kumpul tapi apa yang telah kita belanjakan pada jalan Allah dan kebaikan.

Rumah besar, kenderaan hebat, wang simpanan yang banyak bukanlah HARTA.

Sebab tu Nabi SAW dan para Sahabat hanya mengambil keperluan dunia sekadar perlu saja untuk meneruskan hidup dan beribadah kpd ALLAH, rezeki kekayaan selebihnya dibelanjakan pada jalan ALLAH.

Kenapa pada hari ini sukar nak jumpa Muslim yang bersifat Zuhud ?

Manusia tertipu kerana menganggap rumah, kenderaan dan duit itu adalah harta yang perlu dikumpul. Lebih malang lagi jika bermegah-megah dan ia dikumpul melalui jalan hutang. Inilah fitnah budaya materialistik yang selama ini mengaburi mata umat Islam.

Kekayaan yang sebenar adalah berapa banyak harta yang dibelanjakan pada jalan ALLAH (bukan berapa banyak harta yang kita kumpul/simpan)

Wallahua'lam..


-Admin-
JOM! Semarakkan Kebangkitan Islam Akhir Zaman
6 Zulkaedah 1432H
12:33 tengah malam
Selatan Tanah Melayu, Nusantara, Timur Jauh

SUMBER ASAL : http://www.facebook.com/photo.php?fbid=258856744156704

KITA SEDANG BERMAIN ATAU BERJUANG ?


































JOM! Fikirkan sejenak..

Ramai umat Islam boleh bersatu hati kerana minat dan kecenderungan yang sama walaupun dgn pihak yang berlainan agama.. Misalnya ketika menyokong pasukan bola sepak kegemaran.

Tapi ramai juga umat Islam yang sanggup bermusuhan dengan saudara seagama kerana berbeza minat dan kecenderungan.. Misalnya perbezaan ideologi politik..

Apa yg boleh disimpulkan dari dua situasi di atas ?


Yang tersirat :
Musuh2 Islam (syaitan, Dajjal, Zionis) telah berjaya dalam agenda meletakkan kecenderungan duniawi (kepentingan politik, kebendaan, hiburan dsb..) di tempat tertinggi dalam hati umat Islam mengatasi nilai-nilai dan ajaran Islam (persamaan tauhid, rasa persaudaraan, ikatan ukhwah, hubungan silaturahim dsb..)

Apa yg kita saksikan hari ini adalah umat Islam telah dilalaikan dari perjuangan agama dan disibukkan dengan perjuangan duniawi.. Umat Islam sepatutnya WAJIB bersatu untuk memperjuangkan hak ALLAH SWT di muka bumi ini, tapi ramai telah memilih untuk BERSENGKETA SESAMA ISLAM dan BERSEKONGKOL DENGAN BUKAN ISLAM kerana perjuangan duniawi yang direka dan disogok oleh musuh-musuh Islam.


Sedarlah saudara Muslim ku...

Apa tujuan kita dihidupkan di dunia ini ?
Apa peranan setiap dari kita yg memikul tugas sebagai Khalifah ALLAH ?
Siapakah musuh-musuh sebenar umat Islam ?

Majoriti umat Islam boleh bagi jawapan yg tepat untuk ketiga-tiga soalan senang di atas.. Tapi berapa ramai umat Islam yg hidup 100% mengikut jawapan tepat yang keluar dari mulut mereka ? Apakah ianya sekadar diakui di mulut tapi tidak diamalkan di hati dan dalam perbuatan seharian ?

Hari ini kita sedang hidup untuk perjuangkan agama Islam atau hanya perjuangkan kepentingan untuk hidup ?

Renung-renungkan... Adakah diri kita layak diterima sebagai seorang MUKMIN SEJATI atau hanya sekadar seorang MUNAFIK di sisi ALLAH SWT ??


-Admin-
JOM! Semarakkan Kebangkitan Islam Akhir Zaman
5 Zulkaedah 1432H
12:02 tengah malam
Selatan Tanah Melayu, Nusantara, Timur Jauh

SUMBER ASAL : http://www.facebook.com/photo.php?fbid=258423607533351

SIAPAKAH 'AKU' ?






























JOM! Jawab soalan berikut :

"Apa impian anda setahun dari sekarang ?"
:
:
:
:
:
:

Jika jawapan spontan kita adalah :

- Saya nak rumah baru..
- Saya nak naik pangkat..
- Saya nak besarkan bisnes..
- Saya nak beli kereta..
- Saya nak kumpul duit/emas/perak..

Mungkin mencerminkan 'keakuan diri' masih menebal - iaitu lebih memikirkan tentang kemahuan diri pada dunia..

Tapi manusia yg sentiasa 'mengakui' diri sebagai Hamba Allah mungkin lebih cenderung menjawab :

- Saya nak lihat Khilafah bangkit..
- Saya nak bermuamalah dengan Dinar & Dirham..
- Saya nak bebas dari hutang riba'..
- Saya nak hidup ikut Sunnah..
- Saya nak berhijrah dari sistem Dajjal..
- Saya nak istiqamah beribadah malam..


JOM! Nilai diri kita semula, siapakah kita ? Siapakah AKU ?

"AKU" jenis yang mana satu dalam diri kita sekarang ini ?

Aku yang bersikap 'keakuan' atau Aku yang 'mengakui' ?

....

Cuba renungkan dalam-dalam jawapan kedua-dua "Aku" di atas, sehingga kita dapat merasai 'Keakuan' dan 'Mengakui' itu mempunyai 'roh perjuangan yang berbeza'.. Kedua-duanya sentiasa bertentangan dan tidak mungkin akan bersatu..

'Keakuan' cenderung mengutamakan keinginan dan keperluan diri sendiri terhadap dunia.. Tapi 'Mengakui' sentiasa meletakkan diri sebagai Hamba ALLAH yang bertanggungjawab memperjuangkan Hak ALLAH dalam kehidupan dunia..

'Keakuan' cenderung meletakkan kesenangan Dunia sebagai skop matlamatnya, tapi 'Mengakui' sentiasa meletakkan Akhirat sebagai matlamat tertinggi dan baginya Dunia bukan tempat mengumpul kesenangan tapi perjuangan mejauhi/melepaskan kesenangan demi menjaga Akhiratnya..

'Keakuan' hanya sensitif kepada sesuatu permasalahan yang berkaitan 'kepompong dunia'nya sendiri, tapi 'Mengakui' sensitif dan rasa bertanggungjawab terhadap masalah yang melanda nasib ummah dan agama seluruhnya..

....

JOM! Hayati cara hidup Nabi SAW serta para Sahabat Baginda..

Berapa besarkah rumah Baginda SAW ?
Berapa banyak dinar dan dirham Baginda simpan untuk diwariskan ?
Para Sahabat yang jutawan menggunakan harta kepada jalan ALLAH atau disimpan utk kegunaan sendiri dan anak bini ?
Berapa kali nyawa mereka pertaruhkan demi menegakkan Hak ALLAH ?

Adakah Nabi SAW dan para Sahabat seimbangkan kepentingan Dunia dengan kepentingan Akhirat ? Atau mereka 'menjual' Dunia pada jalan ALLAH demi mencari keredhaan ALLAH di Akhirat ?


JOM! Bandingkan cara hidup ilmuwan, pemimpin dan masyarakat moden hari ini..

Berapa ramaikah yang berjuang mencontohi jalan perjuangan Nabi SAW dan para Sahabat ? Yang mencontohi 100% perjuangan dakwah Rasulullah SAW ? Bukan yang sekadar dilihat berjuang 'mengakui' tapi masih bercampur dengan sikap 'keakuan'.. Kerana hanya yang ikut 100% Sunnah Nabi SAW akan dijamin SELAMAT..

....

JOM! Renungkan semula, antara 'Keakuan' dan 'Mengakui' mana satu yang MENUJU JALAN SELAMAT..?

AKhir sekali, kami tinggalkan satu persoalan untuk difikirkan bersama..

"Jika 'keakuan' itu bukan cara hidup sunnah Nabi SAW, maka cara hidup SIAPAKAH ITU dan ke JALAN MANAKAH yang bakal dituju ?"

Semoga nukilan ini memberi manfaat kepada yang memahami dan tidak memberi mudarat kepada yang masih belum memahami..

Wallahua'lam...


-Pemanah Minda-
JOM! Semarakkan Kebangkitan Islam Akhir Zaman
1 Zulkaedah 1432H
12:09 tengahari
Selatan Tanah Melayu, Nusantara, Timur Jauh

SUMBER ASAL : http://www.facebook.com/photo.php?fbid=257018214340557

TEROWONG GELAP YAKJUJ MAKJUJ


























Sedarkah kita Yakjuj Makjuj telah lama bebas dari kurungan tembok Zulkarnain ?
Dan kita semua hari ini sedang dikurung pula oleh puak si pembuat fasad itu ?
Pernahkah kita rasa betapa 'gelap'nya sistem dan cara hidup manusia hari ini ?

Apakah 'kegelapan' yang kami maksudkan..?

GELAP sangat signifikan sebagai keadaan yang dapat mengganggu fungsi MATA manusia dari melihat sesuatu objek dengan jelas dan tepat. Dan jika tiada satu CAHAYA pun yang wujud, maka mata kita 100% TAK AKAN DAPAT MELIHAT.. Gelap, mata dan cahaya ini telah memberi inspirasi kepada kami (dengan izin ALLAH) untuk mengaitkannya dengan situasi fitnah akhir zaman ini..

Kegelapan yang dimaksudkan adalah sistem tatacara hidup manusia zaman kini yang diperkenalkan oleh Yakjuj Makjuj sebagai agenda fitnah kepada semua manusia dari menyedari hakikat TUJUAN SEBENAR kita dicipta dan dihidupkan di muka bumi ini.. Gelap juga sering dikiaskan sebagai kejahatan..

Contoh sistem 'gelap/jahat' Yakjuj Makjuj :
- Sistem ekonomi & matawang kertas (riba')
- Sistem pendidikan sekular
- Sistem pekerjaan sekular moden

Kita semua sedia tahu 'mata adalah buta tanpa kehadiran cahaya' dan 'hanya dengan adanya cahaya mata boleh berfungsi dengan baik untuk melihat'.. Maka Yakjuj Makjuj juga telah mencipta 'cahaya songsang' untuk membolehkan umat manusia melihat 'sistem gelap' mereka sebagai satu kemodenan, kecanggihan, kenikmatan dan 1001 kebaikan mempersona yang wajib dimiliki oleh manusia hari ini..

'Cahaya songsang' Yakjuj Makjuj yang dimaksudkan adalah ideologi & cara hidup sekular moden ciptaan mereka seperti budaya materialistik yang menjadikan wang kertas sebagai ukuran kekayaan dan pinjaman riba' sebagai kemudahan utama untuk mengumpul aset dan harta. Mereka juga membasuh minda masyarakat supaya menganggap pendidikan agama sebagai ketinggalan dan tak menjamin masa depan yang baik supaya mahasiswa yang cenderung memilih aliran sekular. Untuk menjayakan sistem pekerjaan moden yang mengejar pangkat & gaji, mereka mencipta trend supaya pekerja bawahan paling teruk dikerah keringatnya tak setanding upah 'ciput' yang diterima.

Melalui 'cahaya songsang' ini, 'mata' manusia telah diprogram untuk melihat kesemua sistem moden Yakjuj Makjuj hari ini sebagai keperluan yang wajib dikejar untuk mencapai taraf hidup yang selesa dan bahagia. Dengan mencipta 'cahaya songsang' ini, mereka telah berjaya mengubah fitrah dan cara hidup semulajadi manusia. Akhirnya hari ini manusia telah ditransformasi dari berperanan sebagai Khalifah Allah kepada peranan sebagai hamba kepada sistem jahat Yakjuj Makjuj (atau sistem Dajjal kerana Dajjal lah dalang utama di sebalik semua ini).

Mari kita semua nilai semula sistem dan cara hidup kita pada saat ini, menggunakan mata zahir dan mata hati masing-masing.. Buka 'mata' luas-luas dan renung dengan 'hati' sedalam-dalamnya.. Jika kita hanya terpesona kepada indah & cantiknya dunia hari ini, bermakna kita telah tertipu dengan fitnah Al Masikhud Dajjal yang sedang dilaksanakan dengan jayanya oleh Yakju' Makju' selama ini..

Sedarlah saudara-saudaraku,
Sebenarnya kita sedang dikurung dalam sebuah terowong yang gelap gelita - kotor, busuk dan penuh kejahatan..! Kecantikan, kewangian dan kebaikan yang sedang kita rasai itu adalah kerana terowong gelap Yakjuj Makjuj ini sedang diterangi oleh 'cahaya songsang' ciptaan mereka..! Kita semua sedang dikurung dalam terowong fitnah Al Masikhud Dajjal Laknatullah Alaih..!

Saudara-saudaraku semua, adakah kalian masih tak percaya..?!
Kita semua harus sedar dan keluar dari Syurga Palsu ini.. Tapi bagaimana..?

Mari padamkan 'cahaya songsang' yang selama ini menyilau pandangan hati nurani kita.. Kita pusingkan 360 darjah sudut pandangan dari sumber 'cahaya songsang' itu - kita campak dan bakar semua ideologi, fahaman, cara hidup dan sistem songsang ciptaan Yakjuj Makjuj dari jasad dan rohani kita.

Kita cari semula 'cahaya hakiki' yang selama ini kita terlepas pandang di hujung terowong yang menghala ke jalan Ilahi.. Itulah 'Nur Ilahi' - Hidayah ALLAH yang dapat menunjukkan jalan keluar dari 'kegelapan' hari ini menuju ke Neraka Palsu.. Berkat Nur dan Petunjuk Ilahi, kita semua akan keluar bebas dari terowong perhambaan Dajjal dan kembali sedar peranan kita sebagai Khalifah ALLAH yang sebenar.. InsyaALLAH, bi iznillah..


-Pemanah Minda-
JOM! Semarakkan Kebangkitan Islam Akhir Zaman
24 Syawal 1432H
11:53 pagi
Selatan Tanah Melayu, Nusantara


FITNAH SYURGA & NERAKA DAJJAL



Hebatkah semayam di rumah bak istana ?
Tanpa kau hirau dosa haramnya pinjaman riba
Pasti tak berguna sesalan di Alam Barzakh sana
Di saat seksaan keras yang dijanjikan itu tiba

Bangga sangatkah berkereta mewah dan disanjung ?
Sedangkan saudara Muslim ramai kebulur merempat
Mana kau campak sifat zuhud Nabi sahabat teragung ?
Yang kononnya kau akui diri tergolong sebagai umat

Seronokkah hiburan dan kecantikan wanita ?
Hingga kau lalai peranan hamba dan Khalifah
Tunggulah saat perhitungan dirantai anggota
Biar amalmu mengaku setiap dusta dan salah

Sedarkah kau fitnah besar teknologi kemodenan ?
Yang dicanang hebat oleh para musuh agama ALLAH
Hingga Muslim dijerat terlunyai iman dipermainkan
Oleh dosa perkosa setiap bait wasiat Rasulullah

Sanggupkah kau memilih jalan ke Neraka ?
Mampukah kau tinggalkan keindahan Syurga ?
Memungut sunnah yang lama kau sisih leka
Dan membuang nikmat dunia yang tak terhingga

Mahukah kau bakar serakah nafsu duniamu ?
Dan menyuci dosa syirik pekat pada Syurga Ilusi
Hanguskan ia dengan bara nyala di gengamanmu
Bersumbukan tali Quran Hadis yang tak bisa diatasi

Tidakkah kau tahu betapa sejuknya api Neraka itu ?
Dan panas air sungai Syurga itu bergelegak mendidih
Hanya diketahui mata hati hamba Tuhan Yang Satu
Bukan mata zahir pengikut Dajjal Laknatullah Alaih


-Pemanah Minda-
JOM! Semarakkan Kebangkitan Islam Akhir Zaman
22 Syawal 1432H
3:40 petang
Selatan Tanah Melayu, Nusantara

Friday, 21 October 2011

IKHTIAR UNTUK MELANGSAIKAN BAKI HUTANG PTPTN

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...



Saudara sekalian dah dapat bonus raya ? Bersyukurlah dengan rezeki kurniaanNya meskipun nilainya kecil. Jika tiada bonus langsung pun jangan mengeluh kerana semua adalah ketentuanNya, sebaliknya kita tetap perlu bersyukur kerana nikmat hidup, kesempurnaan jasad, kesempatan Ramadhan dan 1001 macam kurniaan ALLAH yang sangat besar selama ini kita nikmati bahkan lebih berharga jika nak dibandingkan dengan nilai bonus raya :)

Bagaimana dengan belanjawan raya kalian ? Adakah sama hebat seperti tahun-tahun sebelum ini ? Atau terdapat perubahan drastik dek kerana situasi ekonomi dunia semasa yang semakin tak menentu ? Maklum sajalah sejak 2 Ogos 2011 yang lalu ramai yang semakin celik terhadap nilai wang kertas yang semakin pantas susutnilainya. Maka semakin ramai jugalah yang mula percaya bahawa kejatuhan ekonomi sedunia pasti akan berlaku dalam masa yg terdekat.


Antara HARTA dan HUTANG yang mana perlu lebih diutamakan ?

Ramai yang mula membeli emas, perak, dinar & dirham untuk dijadikan simpanan sebagai pelindung kepada nilai kekayaan mereka yang selama ini hanya tercetak di kepingan-kepingan kertas mahu pun hanya tertera di skrin-skrin komputer dan mesin elektronik. Dalam pada kita sibuk berusaha menyelamatkan harta kekayaan dari susut dimakan inflasi, ramai juga yang masih terlepas pandang kepada satu lagi ancaman yang lebih besar dan lebih utama untuk diselesaikan iaitu ancaman hutang sama ada pinjaman bank, peribadi, kereta, pelajaran, rumah dan sebagainya.

Segala mak nenek hutang yang masih belum langsai adalah ancaman terbesar bagi umat manusia terutama umat Islam kerana ia bukan saja menentukan nasib kita di dunia apabila Israel merajai sistem ekonomi & kewangan dunia sikit masa lagi, tapi juga nasib kita di Akhirat kelak akibat saki baki hutang yang belum selesai apatah lagi jika ianya terkandung dosa besar riba. Na'uzubillah.. Maka, usaha kita untuk menyelamatkan diri dari bebanan hutang adalah lebih penting berbanding usaha menyelamatkan harta benda duniawi kerana hidup di dunia hanya sementara, di Akhirat jualah yang kekal abadi.


Apakah ikhtiar kita untuk melangsaikan hutang PTPTN secepat mungkin ?

Persoalannya, apakah ikhtiar kita untuk melangsaikan hutang yang masih berbaki sebelum sistem ekonomi & matawang kertas dunia tersungkur dan diambil alih oleh puak Zionis yang ternyata sedang merancang satu sistem penindasan dan perhambaan yang lebih dahsyat ?

Kami akan berkongsi ilham & gerak yang dikurniakan ALLAH sebagai salah satu jalan usaha membantu kita melangsaikan hutang PTPTN tanpa menggunakan satu sen pun duit gaji atau simpanan. Namun, kemungkinan besar cara penyelesaian yang akan kami kongsikan ini hanya sesuai dilakukan oleh golongan tertentu saja terutama yang berumur lewat 20-an dan ke atas dan mempunyai simpanan KWSP.

Apa kena mengena dengan golongan berumur lewat 20-an ke atas dan mempunyai simpanan KWSP ?

Kerana golongan ini biasanya telah bekerja sekurang-kurangnya selama 5 tahun dan jumlah simpanan yang terkumpul dalam akaun KWSP adalah mencukupi untuk melangsaikan saki baki hutang PTPTN tersebut. Ya, dalam erti kata lain kami bermaksud menggunakan wang simpanan dalam akaun KWSP untuk melangsaikan hutang PTPTN yang masih berbaki.

Contoh :

Katalah Amir (bukan nama sebenar) mempunyai saki baki hutang PTPTN sebanyak RM 20,000

Katakan juga Amir ada jumlah simpanan (akaun 1 + akaun 2) KWSP sebanyak RM30,000

Maka, ikhtiar yang boleh Amir lakukan untuk membereskan saki baki hutangnya adalah seperti berikut :

Amir perlu sediakan 2 pucuk surat kepada pihak PTPTN dan juga kepada pihak KWSP,
  • Surat kpd KWSP - nyatakan hasrat dan arahan utk menyerahkan wang simpanan KWSP kepada pihak PTPTN mengikut nilai baki hutang
  • Surat kpd PTPTN - nyatakan niat kita untuk berhenti membayar secara bulanan dan memaklumkan bahawa kita telah arahkan pihak KWSP menggunakan wang simpanan KWSP kita untuk melangsaikan hutang PTPTN
Tekankan juga niat kita melakukan semua ini adalah untuk melangsaikan hutang PTPTN secepat mungkin demi menyelamatkan diri dari bebanan hutang terutama menjelang zaman kejatuhan ekonomi & kewangan dunia yang sangat hampir berlaku.

UPDATE 26 Ramadhan 1432H, 12:23 AM
Cara-cara nak berurusan dgn pihak PTPTN dan KWSP untuk melangsaikan hutang PTPTN menggunakan duit simpanan KWSP.. [Hasil pengalaman sebenar yg dikongsi oleh Citra Zara Rania.. kredit kepada beliau]

1. Mula2 pegi PTPTN (damansara), isi borang untuk dapatkan surat penyata baki ptptn (jumlah baki yang dinyatakan sah untuk 3 bulan)... tunggu seminggu dua hingga PTPTN poskan surat penyata baki akhir yg perlu dibayar

2. Surat dari PTPTN itu kita bawa ke KWSP jalan raja laut, perlu isi borang, pilih option sama ada bayaran baki (jumlah dari Akaun 2) tu KWSP bayar kat kita atau KWSP bayar direct to PTPTN... cadangan saya pilih option KWSP bayar direct to PTPTN...

3. and tadaaaa... settle!! kalau baki dalam akaun 2 KWSP anda tak cukup untuk bayar semua jumlah PTPTN, tak apa... tunggu beberapa bulan lagi sampai akaun 2 penuh balik, then ulang langkah2 di atas...


Kenapa menggunakan wang simpanan KWSP ?

Secara ringkasnya, walau pun wang simpanan KWSP adalah hak milik kita selaku pencarum tetapi syarat-syarat pengeluarannya adalah sangat terhad & ketat. Semua rakyat Malaysia sedia maklum, wang simpanan KWSP adalah wang caruman bulanan terkumpul yang hanya boleh dikeluarkan apabila kita telah mencapai usia persaraan atau dikeluarkan untuk tujuan pembelian seperti rumah, komputer dan pembiayaan perubatan kesihatan.

Persoalannya, setelah sedar tentang hakikat situasi dan propaganda sistem ekonomi & matawang dunia yang semakin genting hari ini apakah agaknya yang akan terjadi kepada wang tabungan KWSP kita ? Selepas kejatuhan wang kertas dunia yang bakal berlaku sikit masa saja lagi, adakah kita mampu menuntut semua wang simpanan KWSP kita ?

Ada beberapa kemungkinan yang boleh dijangkakan setelah kiamat ekonomi US terjadi iaitu :
  • Kemungkinan berlaku kegagalan total terhadap sistem matawang dunia yang mengakibatkan nilai wang yg tersimpan di bank-bank, amanah saham termasuk di dalam KWSP menjadi tidak laku sama sekali
  • Kemungkinan nilai wang simpanan kita masih wujud tetapi telah dipaksa untuk diselaraskan ke dalam sistem kewangan elektronik/digital terbaru yang dikawal dan dikuasai oleh kuasa ekonomi dunia yang baru iaitu ISRAEL.
Sekiranya kemungkinan pertama di atas berlaku, maka hangus dan leburlah semua wang simpanan KWSP kita semua. Jika kemungkinan kedua di atas berlaku, kita juga bakal tersepit di bawah kekuasaan Israel Zionis. Adakah kita sanggup menggadai maruah Islam untuk tunduk dan akur kepada sistem perhambaan kewangan terbaru di bawah cengkaman penindasan Zionis ? Tepuk dada tanya iman :)

Kesimpulannya, kita harus menerima hakikat untuk tidak lagi berharap kepada wang KWSP sebagai simpanan atau pelaburan masa depan kerana nilainya boleh direntap bila-bila masa saja. Melihat kepada situasi akhir zaman hari ini, adakah kita masih menaruh harap untuk mengumpul harta dan kesenangan dunia ? Masihkah kita berharap untuk mengeluarkan wang KWSP untuk membeli rumah idaman sedangkan ia pasti melibatkan pinjaman riba dan menambah bebanan hutang jangka masa panjang ? Atau masih optimis untuk terus menunggu berpuluh dan berbelas tahun lagi sehingga kita mencapai umur persaraan ?

Apa yang masih kita mampu lakukan di saat-saat akhir sebelum kiamat ekonomi US terjadi adalah berusaha memanfaatkan wang simpanan KWSP yang telah lama terkumpul hasil titik peluh kita selama bertahun-tahun sebagai 'pelangsai hutang PTPTN' (melalui cara yg telah diterangkan tadi) seblum ianya hangus begitu saja atau jatuh ke tangan Yahudi Zionis.


Adakah ikhtiar ini realistik atau tak masuk akal ?

Masa semakin suntuk sedangkan jumlah hutang masih banyak memerlukan tempoh yang panjang untuk diselesaikan. Apa lagi yang termampu kita usahakan ? Apa yang kami kongsikan di sini adalah ilham yang kami perolehi setelah terlalu banyak memikirkan cara & ikhtiar untuk membayar semula hutang PTPTN.

Bila kita cuba melakukan sesuatu yang menongkah arus, pasti tidak akan dilayan malah akan ada saja halangan walaupun niat kita sangat baik. Adakah pihak KWSP akan membuat pertimbangan dan melayan permintaan sedemikian ? Apatah lagi ianya mungkin bertentangan dengan dengan segala macam syarat perjanjian,pekeliling dan sebagainya.

Apa yang pasti, setiap wang yang telah dicarum dalam akaun KWSP adalah hak milik kita. Pendapat kami, kita berhak menggunakannya untuk melangsaikan hutang PTPTN terutama di saat yang sangat penting hari ini. Jika pihak KWSP tidak membenarkan kita berbuat demikian, maka kita serahkanlah segalanya kepada ALLAH untuk menilai niat hati kita terhadap isu ini. Semoga ikhtiar yang diusahakan ini mampu melepaskan tanggungan kita terhadap beban hutang tersebut walaupun ianya tidak dilaksanakan oleh KWSP. Semoga ALLAH memandang niat hati kita walaupun hakikatnya pihak KWSP menghalangnya. Wallahua'lam..

Mungkin perlu diwujudkan satu kumpulan yang menggerakkan kesedaran dan sokongan terhadap ikhtiar sebegini. Perkara terpenting yang perlu diusahakan untuk menyemarakkan sokongan ramai pihak adalah melalui kesedaran orang ramai terhadap implikasi negatif yang bakal berlaku ke atas wang simpanan KWSP akibat kejatuhan sistem ekonomi & matawang dunia yang terancang. Tanpa kesedaran ini, mana mungkin orang ramai akan peka dan sensitif terhadap nasib wang simpanan KWSP masing-masing. Apatah lagi kesedaran untuk berusaha melangsaikan segala hutang piutang secepat mungkin sebelum zaman kejatuhan ekonomi US.

Kami sedar bahawa tidak ramai yang memahami dan mengambil peduli tentang hakikat situasi akhir zaman hari ini di mana umat manusia sedang berada dalam bahaya fitnah terbesar Dajjal Laknatullah. Maka idea dan usaha kami untuk melangsaikan hutang PTPTN melalui wang simpanan KWSP pasti akan dipandang serong, diperlekeh dan ditertawakan orang ramai sebagai satu idea yang gila, mengarut dan melucukan.

Walau apa pun pandangan pihak lain, kami masih rasakan usaha yang diilhamkan ini adalah salah satu ikhtiar yang boleh diusahakan di saat masa yang kian suntuk. Bagi kami dan mungkin sebilangan dari saudara sekalian yang sependapat dengan kami pasti menganggap ikhtiar ini adalah satu langkah besar yang sangat penting demi menyelamatkan diri kita dari bebanan hutang.

Jika kalian tak sependapat dengan kami, maka anggap saja artikel ini sebagai kisah penglipurlara angan-angan Mat Jenin :) Kami sentiasa menghormati pendapat semua pihak, kerana benar dan salah pada zaman ini sangat subjektif bergantung kepada bagaimana seseorang itu melihat, menilai dan memahami tentang hakikat dunia akhir zaman pada hari ini.


Penutup

Mohon pendapat, komen, cadangan dan apa saja input dari saudara sekalian tentang idea 'gila' kami ini :) Mungkin artikel ini boleh menjadi pencetus kepada idea-idea lain yang boleh kita ikhtiarkan bersama merealisasikan matlamat melangsaikan hutang PTPTN melalui kaedah ini atau sewaktu dengannya.

Kami telah wujudkan FB Event 'Langsaikan Hutang PTPTN Dengan Simpanan KWSP" sebagai medium perbincangan mengenai ikhtiar yang kami cadangkan ini. Kalian semua sangat dialu-alukan untuk turut sama berbincang di sana melalui link berikut : http://www.facebook.com/event.php?eid=254047264616634

Kami juga telah sediakan satu FB Question untuk menilai pendapat saudara semua tentang artikel/note kami ini. Kami berharap kalian semua dapat menjawab dengan sejujurnya. Berikut adalah link FB Question yang dimaksudkan : http://www.facebook.com/questions/241053205937058

Akhir kata kami mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyempurnakan Ibadah di Bulan Ramadhan dan Salam Aidilfitri 1432H, mohon maaf zahir dan batin atas segala salah dan silap pihak kami sepanjang mengendalikan Page ini.


Sekian. Wassalam

Admin
JOM! Semarakkan Kebangkitan Islam Akhir Zaman
25 Ramadhan 1432H
8:43 pagi
Selatan Tanah Melayu

SUMBER ASAL : IKHTIAR UNTUK MELANGSAIKAN BAKI HUTANG PTPTN

JAUHI SYIRIK EMAS & PERAK. NIATLAH UNTUK TEGAKKAN MATAWANG SUNNAH

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...



Kami mulakan dengan sepotong Hadis Nabi SAW yang sangat popular pada hari ini :

"Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan)" - Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal

Hadis ini semakin disebut-sebut di kalangan masyarakat sekeliling, baik yang muda mahu pun berusia, oleh golongan berserban mahu pun bertali leher, sama ada dari mulut seorang ustaz atau dari lidah seorang berminda sekular. Wah, semakin ramai umat Islam mula menyampaikan pesanan Baginda SAW.. Apakah ini tanda-tanda awal kebangkitan umat Islam akhir zaman ? Benarkah begitu ?

Bila diamati bukan semua yang menyebut-nyebut Hadis berkenaan berniat untuk menyeru kepada kebangkitan umat Islam secara menyeluruh. Sangat menyedihkan kerana majoritinya adalah manusia yang sebenarnya jarang (atau mungkin tak pernah) berpesan-pesan dan berdakwah tentang agama Islam, tetapi tiba-tiba menjadi orang yang paling kerap membicarakan hadis tersebut kepada hampir semua rakan dan temannya. Jika bukan kerana agama ALLAH, apakah niat golongan sebegini sebenarnya ?

Mungkin saudara sendiri sudah dapat mengagak jawapannya - KEBANYAKANnya kerana mereka menjual dinar & dirham (emas & perak)..

[Artikel/Note ini ditujukan khas kepada PENJUAL/PENGEDAR dan PEMBELI/PENYIMPAN Dinar/Dirham atau Emas/Perak]


Fenomena Emas dan Perak Hari Ini

Sudah tentu majoriti dari kita semua di sini telah sedar tentang meningkatnya perhatian manusia hari ini terhadap emas dan perak. Betapa hebatnya penangan logam berharga ini apabila semakin banyak pengeluar emas & perak di pasaran sekarang, begitu juga semakin ramainya rakyat marhaen yang mula  menyimpan emas & perak. Apa agaknya yang menyebabkan fenomena emas & perak ini semakin menular di kalangan masyarakat waktu ini ? Sebab yang paling utama mendorong situasi ini adalah kejatuhan nilai matawang sedunia yang diramalkan berlaku tak lama lagi sehingga wang kertas tidak lagi laku nilainya hatta 'seposen' pun.

Maka berbondong-bondonglah umat manusia mengejar emas & perak untuk dijadikan simpanan bagi melindungi harta kekayaan yang mereka bina dari wang kertas selama ini. Melihat kepada trend permintaan yang tinggi terhadap logam berharga ini maka semakin bercambahlah pengeluar emas & perak menawarkan stok bekalan di samping mengaut keuntungan hasil jual beli emas & perak. Begitu jugalah membiaknya ejen penjual dan pengedar yang mengejar komisyen lumayan setiap transaksi jual beli emas & perak yang berjaya dilakukan.

Sekilas pandang fenomena ini adalah sesuatu yang positif kerana umat Islam khasnya telah mula sedar betapa emas & perak adalah ukuran kekayaan sebenar bukannya wang kertas fiat ciptaan Yahudi Zionis yang susutnilainya semakin parah. Secara tidak langsung kesedaran ini telah menjadi titik tolak kepada semakin ramai umat Islam mula menyimpan emas & perak. Maka tersenyum lebarlah para ejen pengedar dan penjual emas & perak menikmati komisyen mereka yang boleh mencecah 4-5 angka sebulan. Malah ada yang sudah bergelar jutawan dalam tempoh singkat dengan bermodalkan fakta tentang zaman kejatuhan matawang kertas sedunia yang semakin hampir di samping menjadikan Hadis Nabi SAW di atas sebagai penguat hujah mereka ketika memancing pembeli.

Namun di sebalik kesedaran umat Islam kembali kepada sunnah emas & perak dan kejayaan pengedar/penjual meraih pendapatan lumayan hasil dari jual beli emas & perak, terselit KEMUNGKARAN yang semakin berleluasa. Adakah saudara sekalian sedar dan faham apa yang kami maksudkan ?  Atau kalian hanya nampak fenomena emas & perak ini dari sudut kebaikan semata-mata ? Jika ada yang masih belum faham KEMUNGKARAN yang kami maksudkan, JOM! ikut kami melihat fenomena ini dengan mata hati yang tunduk kepada syariat Islam bukan dari kaca mata zahir yang cenderung terpesona kepada kekayaan dunia semata-mata.


Syirik Emas & Perak ?

Perihal syirik sangat luas, kami akan beri sedikit penerangan tentang syirik secara ringkas yang berkaitan dengan skop artikel ini saja. Syirik secara umumnya bermaksud perbuatan menyekutukan ALLAH sama ada dalam bentuk perkataan, pegangan, perbuatan atau iktikad. Ini jelas menunjukkan terdapat banyak bentuk dan cabang syirik bukan hanya menyembah selain dari ALLAH semata-mata. Dalam konteks fenomena emas & perak pada hari ini, terdapat dua bentuk syirik yang sangat ketara berlaku di kalangan PENJUAL/PENGEDAR dan PEMBELI/PENYIMPAN iaitu :
  1. Kepercayaan bahawa emas & perak mampu menyelamatkan manusia dari bencana ekonomi dan matawang dunia
  2. Menghalalkan sesuatu yang jelas telah diharamkan oleh ALLAH SWT iaitu riba
Syirik bentuk yang pertama di atas kerap berlaku sama ada secara sedar atau tidak oleh si pelaku. Bagi kebanyakan PEMBELI/PENYIMPAN emas & perak, tujuan utama mereka membeli dan menyimpan logam tersebut adalah kerana takut menjadi miskin sekelip mata akibat dari  bencana ekonomi dan kejatuhan matawang kertas pada masa akan datang. Mereka menganggap emas & perak sebagai penyelamat dan pelindung kepada harta kekayaan mereka.

Syirik kedua pula sering berlaku di kalangan PENJUAL/PENGEDAR dan PEMBELI/PENYIMPAN. Ramai penjual/pengedar menggalakkan pelanggannya membuat pinjaman bank yang jelas ada unsur riba yang diharam oleh ALLAH semata-mata untuk membeli emas & perak dengan pelbagai alasan sama ada sebagai persediaan menghadapi 'kiamat ekonomi' atau sebagai pelaburan yang akan memberi pulangan lumayan dalam bentuk wang kertas dalam jangka masa panjang. Kebanyakan Pembeli/Penyimpan mudah terpengaruh dan terlibat dengan pinjaman riba dengan niat untuk memanipulasi emas & perak ke atas kelemahan sistem matawang kertas demi mengaut keuntungan semata-mata.

Sesungguhnya tiada suatu pun dapat menyelamatkan kita dari sebarang bencana dan kesusahan melainkan ALLAH Yang Maha Kuasa. Jika kita ada berkilo-kilo emas & perak sekali pun, belum tentu kita akan terselamat dari bencana ekonomi jika tidak diizin ALLAH SWT. Bahkan ALLAH boleh saja mengirimkan seorang perompak pada bila-bila masa untuk melesapkan simpanan berjuta kita itu. Sesungguhnya ALLAH Maha Kuasa, makhluk tiada kuasa tanpa izin dariNYA.

Sedarlah bahawa apa saja yang berkait dengan matawang kertas hari ini adalah riba kerana ia dicipta oleh musuh Islam (Yahudi Zionis) melalui cara penipuan. Apatah lagi pinjaman bank yang jelas berunsurkan penindasan dan perhambaan. Jauhilah dosa besar riba, kerana ALLAH dan Rasul mengisytiharkan perang kepada para pelaku riba.

“Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orung-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba.) maka ketahuilah bahwa Allah dan RasulNya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pakok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya.” (Al-Baqarah: 278-279)

Telah jelas ALLAH mengharamkan apa jua bentuk riba, jika kita masih sengaja mengamalkannya maka sangat jelas syirik kepada perintah ALLAH SWT. Jangan hanya kerana mengejar kesenangan duniawi menghalang sensitiviti mata hati kita dari mengesan kesyirikan sama ada dalam bentuk halus atau yang nyata seperti yang diterangkan di atas.


Jagalah Niat Kita Dalam Berjual Beli dan Menyimpan Emas

Realitinya masih terlalu ramai saudara Islam kita yang tidak memahami hakikat situasi dunia akhir zaman hari ini, terutama perancangan musuh-musuh Islam mencipta sistem ekonomi dan matawang yang penuh muslihat riba di dalamnya. 'Kiamat ekonomi' yang bakal berlaku tidak boleh dipandang melalui satu sisi iaitu keselamatan harta kekayaan duniawi semata-mata. Sebaliknya umat Islam yang mengkaji ilmu akhir zaman pasti akan faham betapa penting dan gentingnya untuk kita menyelamatkan IMAN dan AQIDAH kita sebagai umat Islam pada hari ini.

Hakikat bencana ekonomi yang berlaku hari ini adalah disebabkan umat manusia telah lama meninggalkan matawang sunnah terutama Dinar dan Dirham. Untuk memulihkan kembali kehancuran yang sedang dicipta oleh puak Kuffar ini adalah dengan menegakkan kembali matawang sunnah menggantikan wang kertas riba hari ini. Ini bermaksud menggunakan kembali emas & perak sepenuhnya tanpa disandarkan kepada kepentingan wang kertas riba. Maka niat kita sebagai Pengedar, Penjual, Pembeli atau Penyimpan emas & perak mesti 100% selaras dengan ajaran Al Quran dan Hadis yang menghalalkan wang sunnah dan mengharamkan riba.

Berapa ramai dari kita yang berjual beli dan menyimpan emas & perak dengan niat untuk menegakkan kembali matawang sunnah ?

Kerana itu ramai Pengedar, Penjual, Pembeli atau Penyimpan emas & perak hanya mengutamakan kepetingan diri dan mengejar kesenangan dunia semata-mata hingga melakukan perkara-perkara yang jelas dilarang oleh syariat Islam. Tidak kira sama ada kita adalah Pengedar, Penjual, Pembeli atau Penyimpan emas & perak, berpegang teguhlah kepada Aqidah Islamiyah yang meletakkan hak dan syariat ALLAH SWT di tempat tertinggi mengatasi keinginan dan kepentingan duniawi.


Tegakkanlah Matawang Sunnah, Hapuskanlah Matawang Riba

Jika kita seorang Pengedar/Penjual emas & perak, utamakanlah niat untuk membantu seberapa ramai umat Islam memiliki emas & perak sebagai langkah awal memartabatkan semula matawang sunnah. Jangan berniat mengejar keuntungan semata-mata hingga menggalakkan pelanggan yang tidak berkemampuan terlibat dengan dosa riba dari pinjaman bank.

Sebagai Pembeli/Penyimpan pula, niatkan pembelian emas & perak adalah untuk menukarkan wang kertas riba yang dimiliki manakala emas & perak yang disimpan itu bertujuan untuk digunakan sebagai matawang sunnah kelak. Jangan sesekali berniat menyimpan emas & perak sebagai pelaburan yang bertujuan mendapatkan keuntungan jangka masa panjang apabila ditukar semula ke dalam bentuk wang kertas riba.

Jika kita masih tidak berkemampuan memiliki emas & perak, jangan pernah berhajat untuk membuat pinjaman bank yang hanya akan menjebakkan diri kita ke kancah dosa tak terampun riba. Sebaliknya ketahuilah matawang sunnah bukan sekadar dinar & dirham kerana komoditi seperti beras, garam dan gula juga boleh disimpan untuk dijadikan sebagai matawang sunnah kelak.


Kesimpulan

Matlamat artikel/note ini ditulis adalah untuk berkongsi pandangan kami terhadap 'niat songsang' kebanyakan mereka yang terlibat dengan jual beli dan simpanan emas sehingga boleh mengakibatkan kesyirikan kepada ALLAH SWT. Juga pendapat kami tentang kiamat ekonomi dan matawang dunia yang bakal berlaku nanti adalah disebabkan sistem ciptaan Kuffar yang sengaja menghapuskan keberkatan matawang sunnah dan menggantikannya dengan keharaman matawang riba. Kami juga menggesa umat Islam hari ini agar sedar hanya terdapat satu penyelesaian kepada 'kiamat ekonomi' yang dapat meyelamatkan kita di dunia dan di akhirat iaitu memartabatkan semula matawang sunnah serta meninggalkan sistem wang kertas riba.

Diharap nukilan ini dapat dikongsi dengan ramai saudara kita yang masih bergelumang dalam dosa riba agar mereka sedar dan kembali menegakkan semula matawang sunnah. Semoga mereka menjadikan emas & perak sebagai senjata memerangi riba bukannya menjadi hamba kepada matawang riba. Semoga hujah dan sembang si Pengedar/Penjual emas & perak selepas ini tidak lagi berkisar tentang untung rugi dan kekayaan dari skop ilmu ekonomi & kewangan sekular semata-mata, tapi berpandukan peringatan ALLAH dan Rasul tentang bahaya riba dan kewajipan menegakkan kembali matawang sunnah. Semoga niat tindakan si Pembeli/Penyimpan emas & perak memilih logam berharga itu bukan untuk mengumpul harta dunia semata tapi kerana takutkan dosa riba dan cintakan wang sunnah. InsyaALLAH..

Berbalik kepada Hadis di permulaan bicara, semoga selepas ini Pengedar dan Penjual emas & perak tidak hanya memperalatkan sabda tersebut dengan tujuan meraih untung semata-mata, tapi turut berpesan-pesan dan menyampaikan firman ALLAH dan sunnah Rasul yang mengamarankan tentang azab seksa yang menanti pelaku riba.



Wallahua'lam...


Admin
JOM! Semarakkan Kebangkitan Islam Akhir Zaman
6 Ramadhan 1432H
8:37 pagi
Selatan Tanah Melayu

SUMBER ASAL : JAUHI SYIRIK EMAS & PERAK. NIATLAH UNTUK TEGAKKAN MATAWANG SUNNAH

Saturday, 15 October 2011

FASA TERAKHIR EKONOMI AMERIKA & MISI DAJJAL BERAJA DI ISRAEL

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..



2  Ogos 2011 yang dinanti-nantikan telah berlalu, matawang USD masih belum menemui ajalnya bererti 'kiamat' ekonomi yang disebut-sebut Barrack Obama berjaya ditangguhkan. Berapa lamakah ekonomi US mampu bertahan ? 5 bulan ? 6 bulan ? Setahun ? Jawapan yang masih tidak diketahui oleh para pakar ekonomi bahkan Mr President sendiri. Hakikatnya ekonomi dan matawang sedunia yang dicipta dari sebuah penipuan telah lama nazak sejak hari pertama emas tidak lagi disandarkan kepada nilai Dollar.

Ketika itu, masyarakat dunia 'melihat' matawang USD masih 'hidup dan sihat' kerana Yahudi Zionis sangat genius menipu daya selicik penipu besar Al Masikhud Dajjal. Kerana itu pemimpin negara-negara di dunia diperbodoh terus menyandarkan ekonomi dan matawang masing-masing kepada Dollar Amerika. Hingga segala hasil kekayaan negara dan penat lelah rakyat diperdagang secara PERCUMA kerana ditukarkan dengan kepingan-kepingan kertas yang sebenarnya tiada nilai.

Yahudi Zionis sendiri merancang situasi 'nazak ekonomi' ini tanpa memberi sebarang ubat penawar untuk memulihkannya. Sebaliknya hanya SATU PERKARA saja yang membuatkan ekonomi dunia masih hidup nyawa-nyawa ikan. Apakah perkara itu wahai saudaraku sekalian ? Jawapannya adalah Yahudi Zionis sedang menyelamatkan ekonomi Amerika melalui 'mesin bantuan hayat' dan mereka juga yang mengawal sepenuhnya suis On/Off pada mesin tersebut. Benar, nasib ekonomi dan kewangan dunia hari ini sedang berada di hujung jari puak Israel Zionis Laknatullah.

Kenapa puak Zionis membantu menyelamatkan Amerika bukankah jatuhnya Amerika memberi ruang kepada Israel mengambil alih kuasa dunia ?

Hakikat yang perlu difahami adalah Amerika dan Israel merupakan sekutu akrab yang sedang memikul misi fitnah terbesar Dajjal terhadap umat manusia. Penciptaan wang kertas oleh Yahudi Zionis adalah strategi serampang dua mata mereka ke atas seluruh manusia amnya, dan umat Islam khasnya. Melalui wang fiat riba ini, seluruh penduduk dunia telah dipaksa patuh kepada satu sistem perhambaan kewangan yang sangat canggih manakala umat Islam telah diperangkap dalam kesyirikan dan dosa besar riba yang sangat halus.

Selama berdekad lamanya, manusia telah menjadi sangat bergantung kepada matawang kertas hinggakan tiada sebuah negara bahkan seorang hamba Allah yang berdiri tegak di muka bumi ini boleh hidup tanpa menyentuh not-not kertas ribawi. Begitu hebat dan rapi perancangan musuh-musuh ALLAH ini apabila ianya hanya disedari setelah kesemua manusia berjaya diperangkap dan misi jahat mereka telah sangat hampir berjaya. Manusia hari ini telah tersepit dan terdesak hingga hamipr mustahil untuk membebaskan diri dari bencana ekonomi & kewangan ini. Ibarat banduan akhir yang dilehernya telah terikat pada tali manakala kakinya sedang memijak lantai terakhir di bilik hukuman. Manakala si tukang gantung hanya menanti arahan terakhir Zionis untuk menjerut leher setiap manusia yang selama ini hidup penuh materialistik.

Sampai bilakah Yahudi Zionis akan membiarkan ekonomi & matawang US terus bertahan ?

Jawapannya sehingga negara Israel betul-betul bersedia ditabalkan sebagai negara memerintah dunia yang menyamai kekuasaan dan kehebatan Israel di zaman Nabi Daud as dan Sulaiman as. Seperti tertulis dalam kitab Bible jajahan Israel Raya adalah seluas dari Sungai Nil hingga ke Sungai Euphrates. Saat ini, kawasan takluk Israel masih terbatas maka untuk mencapai matlamat jajahan seluas itu, mereka masih memerlukan khidmat Amerika untuk memainkan peranan besar di negara-negara Arab. Kejaguhan Amerika selaku 'Polis Dunia' masih ditagih Israel untuk membantu pakatan Dajjal membantai negara-negara Arab di sekeliling Israel sehingga merealisasikan penguasaan mereka ke atas sumber bekalan minyak dan meluaskan empayar Israel di antara dua sungai tersebut.

Serentak dengan peperangan di wilayah-wilayah Arab dan konflik perebutan sumber minyak dunia yang akan dicetuskan tidak lama lagi, akhirnya bakal memberi kesan dan alasan kepada kejatuhan ekonomi dan matawang US di samping menzahirkan kejayaan perluasan jajahan Zionis. Jatuhnya ekonomi Amerika akan membawa bencana kepada seluruh negara dunia ke jurang perhambaan kewangan yang dahsyat dan hanya satu negara yang dilihat mempunyai kelebihan di atas apa yang bakal berlaku ini. Negara mana lagi kalau bukan Israel sendiri yang jajahannya waktu itu menepati piawai keluasan yang sama digambarkan dalam Bible manakala ekonomi dan kewangan dunia 100% dikawal mereka dan dipusatkan ke negarakota Israel. Maka saat itu, telah sampai saat Israel merajai dunia untuk memperkenalkan Raja Yahudi mereka yang kononnya adalah Penyelamat yang selama ini menjadi kepercayaan Yahudi dan Nasrani. Sedangkan bagi umat Islam yang beriman dan celik mata hati akan kenal bahawa si Raja itu sebenarnya adalah Al Masikhud Dajjal Laknatullah.

Muslihat sebenar di sebalik semua ini telah lama dibongkarkan oleh sarjana Islam terkenal, Sheikh Imran Nazar Hosein pakar Islamic Eschatology (Ilmu Akhir Zaman). Beliau menghabiskan sebahagian besar usianya mengkaji perkaitan antara sejarah, sosio-ekonomi, politik dunia dengan ilmu akhir zaman yang bertunjangkan Al Quran dan Hadis. Maka hasilnya sangat menakjubkan apabila turutan peristiwa dunia hari ini berlaku sangat selari dengan kajian & pendapat beliau. Kami sangat bersetuju dengan pandangan beliau bahawa hanya sarjana Islam yang diberi Nur mampu mentafsirkan hakikat sebenar dunia hari ini melalui pemecahan kod rahsia yang terkandung dalam Al Quran dan As Sunnah.

Para sarjana sekular hanya melihat apa yang berlaku 2 Ogos lalu sebagai satu krisis kewangan berteorikan ilmu ekonomi ciptaan manusia semata-mata. Mana mungkin mereka memahami hakikat sebenar dunia akhir zaman ini. Sebaliknya hanya seorang sarjana sehebat Sheikh Imran yang dikurniakan oleh ALLAH SWT kepada dunia Islam hari ini mampu mengaitkan situasi dunia dengan ilmu akhir zaman yang terkandung dalam mukjizat dan hadis Nabi SAW. Sebagai seorang Muslim, jika anda masih bingung tentang situasi dunia hari ini dan masih menganggap bencana ekonomi US yang bakal berlaku hanyalah satu kebetulan saja, maka anda masih melihat melalui satu mata (mata zahir) seperti para ilmuwan sekular.

Kembalilah kepada ALLAH dan Rasul dengan berpegang teguh kepada Al Quran dan Hadis kerana hanya NUR yang membuatkan kita mampu melihat dengan mata hati bahawa apa yang berlaku pada dunia akhir zaman ini tidak pernah lari dari jejak fitnah Dajjal yang pernah diamarankan oleh setiap Nabi yang telah diutuskan. Kita ditakdirkan hidup di penghujung misi Dajjal menyesatkan majoriti manusia, perkuatkanlah pegangan Aqidah Islamiyah dalam diri kita agar kita terselamat dari menjadi pengikutnya. Semoga kita semua tergolong dalam golongan 'satu' dan terasing yang diberikan nikmat Syurga kelak. InsyaALLAH..



Wallahua'lam...

Admin
JOM! Semarakkan Kebangkitan Islam Akhir Zaman
4 Ramadhan 1432H
2:30 petang
Selatan Tanah Melayu, Nusantara, Timur Jauh

Sumber Asal : FASA TERAKHIR EKONOMI AMERIKA & MISI DAJJAL BERAJA DI ISRAEL

SOALAN ANDA & PENDAPAT KAMI (Soalan 01)

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt..



Beberapa hari lalu kami menerima 2 soalan dari salah seorang saudara kita di sini yang meminta pendapat kami tentang persoalan yang diajukan. Kami kongsikan 2 persoalan tersebut berserta pendapat kami di sini sebagai perkongsian kepada saudara-saudara kita yang lain yang mungkin belum membacanya di ruangan komen pada posting kami yang lepas.

Pendapat kami tak semestinya dipersetujui oleh semua pihak kerana masing-masing mempunyai pendapat & cara fikir yang berbeza, maka kami menggalakkan saudara sekalian untuk memberi sebarang pandangan, teguran atau apa saja perbincangan secara ilmiah di ruangan komen. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada kita semua dalam meningkatkan kefahaman kita tentang situasi dunia akhir zaman dan menambah keimanan kita kepada ALLAH SWT.
InsyaALLAH...

*******************************************************************************

PERSOALAN PERTAMA

Persoalan ini bukanlah bermaksud saya menyokong sistem yg ada sekarang, cuma ingin mendapatkan sedikit pencerahan drpd pihak tuan :)

kita ambil contoh situasi dan sistem yg ada sekarang di Malaysia.

1) Pertama, apa pendapat tuan mengenai hujjah pihak yg menyatakan inginkan kuasa memerintah untuk melaksanakan "MENCEGAH KEMUNGKARAN" dalam skala yg lebih besar. dalam kata lain, mereka mendapati pihak pemerintah yg ada skrg begitu mudah membiarkan kemungkaran berleluasa dengan begitu bebas. Oleh itu, mereka berasa dalam keadaan mereka yg tiada kuasa memerintah skrg ini, mereka ada usaha untuk mencegah kemungkaran cuma kesannya tidak besar. mereka berasa dengan memperoleh kuasa memerintah mereka dapat melaksanakan PENCEGAHAN KEMUNGKARAN dengan kesan yg lebih besar lagi. apa pendapat tuan? bukankah usaha mereka mahu MENCEGAH KEMUNGKARAN itu satu usaha yg amat baik?
*terus terang sy maksudkan parti Islam :)


PERSOALAN KEDUA

2) soalan kedua pula. kita bayangkan situasi begini.
boleh jadi idea Sheikh Imran Hosein mengenai sistem skrg yg berasaskan syirik kepada Allah, ekonomi mencengkam berasaskan Riba dan usaha2 mendaulatkan semula Dinar Emas & Dirham Perak serta usaha menghidupkan MUSLIM VILLAGE difahami dan mahu diikuti oleh semua umat ISLAM di MALAYSIA! :)

oleh itu, semua umat Islam yg terlibat dengan sistem pemerintahan demokrasi sekarang meninggalkan sistem tersebut, lalu hanya tinggal non-muslim sahaja yang terlibat dengan sistem demokrasi, pilihanraya dan pembentukan kerajaan. Lantas, kerajaan yg dibentuk semuanya dibarisi non-muslim (kerana semua Muslim dah sedar sistem ini syirik). Lalu, kerajaan yg ada pada masa itu (semuanya non-muslim) yg masih ada dalam sistem, berlaku zalim. Semuanya usaha-usaha yg baik sebelum ini untuk agama Islam, dihapuskan. Orang Islam tertindas. Tidakkah ini memudaratkan?
maksudnya, sblm ini kuasa memerintah ada di tangan org Islam, tetapi setelah semua dah sedar, semua meninggalkannya, lalu kesan buruk pula pd orang Islam.
apa pendapat tuan?

TETAPI, lihat situasi berlawanan. kerana melihat kesan yg berlaku di atas, maka kita mengekalkan kuasa memerintah (org Islam) yang sedia ada bagi mengelakkan kesan tersebut. tidakkah tindakan kita mengekalkan mereka dalam kuasa memerintah seperti MEMPERGUNAKAN mereka?
kita sudah tahu sistem itu syirik, tetapi kita biarkan mereka dalam sistem tersebut demi mengekalkan kuasa pemerintahaa pd umat Islam.
apa pandangan tuan?

atau adakah pihak pemerintah sekarang sedah sedia maklum tentang usaha-usaha kebangkitan akhir zaman ini, dan PERANAN mereka sekarang adalah untuk 'hold' dulu di position tersebut sementara menunggu kedatangan Khalifah akhir zaman?
wallahualam. Allah sahaja yg tahu

*******************************************************************************

PENDAPAT KAMI TENTANG PERSOALAN PERTAMA

Alhamdulillah.. Persoalan yg amat baik dari Saudara Khushairi.. Kedua2 soalan ini juga selalu bermain di fikiran kami sewaktu mula2 'dikejutkan' oleh ALLAH tentang hakikat dunia hari ini yg jauh terpesong dr Al Quran & As Sunnah.. Kami akan cuba memberi pendapat berdasarkan petunjuk dan ilham yg telah dikurniakan kpd kami..

Sebelum mula menjawab, kami ingin tekankan bahawa apa saja persoalan yg kita hadapi, sentiasa meletakkan Al Quran & As Sunnah sbg kompas penentu kebenaran hakiki. Jika hanya bersandar kpd logik akal manusia atau kajian/pendapat sekular semata2 maka kita akan terus terperangkap dlm dimensi ilusi yg menghalang kita dari melihat kebenaran & hikmah sebenar bahkan kita mungkin semakin menjauhi kebenaran kerana kecetekan akal & kecenderungan nafsu manusia.

Bismillah...

PERSOALAN PERTAMA..
Mencegah kemungkaran melalui kuasa politik..

Kami tidak bersetuju dgn pendapat bahawa kemungkaran yg berlaku di kalangan pemerintah, pemimpin & masyarakat hari ini dapat dicegah secara besar-besaran setelah sistem politik negara berjaya dikuasai oleh Melayu Islam (atau pemimpin PAS). Persoalan sebenar yg perlu kita sedari adalah :

Mampukah Melayu Islam menguasai sistem politik demokrasi hari ini ?

Lihat saja situasi politik hari ini, adakah kuasa & pengaruh politik Melayu Islam semakin kuat dan dominan ? Nyata sekali tidak. Kerana politik, bangsa Melayu semakin teruk berpecah belah sesama sendiri. Parti Islam itu masih tak mampu menyatupadukan Melayu bahkan menjadi penyumbang kpd perpecahan secara tidak langsung. Senario politik yg amat menyedihkan, parti pimpinan Melayu Islam UMNO dan PAS berbalah sesama sendiri dan masing2 menjadikan pemimpin bukan Islam sebagai sekutu mereka. Ini sebenarnya memberi peluang kpd musuh Islam menjalankan agenda sulit dalam menjatuhkan kuasa politik umat Islam di negara ini. Melalui perpecahan PAS-UMNO ini dan kebergantungan terhadap sokongan pemimpin bukan Islam mengakibatkan kuasa politik Melayu Islam sedang dilemahkan dan terdedah kpd percaturan musuh2 Islam. Maka impian pemimpin Melayu Islam utk menguasai sistem politik semakin jauh dari realiti dan kemungkaran yg kononnya ingin dicegah itu akan terus bercambah dalam masyarakat yg terus berbalah & bersengketa.

Memanglah Mencegah Kemungkaran adalah satu usaha yg sgt baik, tetapi cara dan pendekatan yg digunakan mestilah betul selaras dgn ajaran Al Quran & Sunnah Rasul. Menggunakan pendekatan politik demokrasi bukanlah kaedah yg tepat bahkan tidak diajar dalam Islam pun.

“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar; dan merekalah orang-orang yang beruntung.” (Surah Ali-‘Imran, ayat 104)

Mari kita sama2 fahami konsep 'Amar Makruf Nahi Mungkar' dalam Islam iaitu menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar. Makruf di sini bermaksud perkara-perkara kebaikan yg dituntut selari dgn aqidah & syariat Islam. Mungkar pula adalah perkara-perkara keburukan yg bertentangan dgn aqidah & syariat Islam. Dpt difahamkan di sini bahawa Aqidah & Syariat Islam yg menjadi garis penentu kpd kebaikan dan keburukan. Maka apa saja kita usahakan di dunia ini wajib berlandaskan Aqidah & Syariat Islam. Begitu juga dgn usaha utk mencegah kemungkaran di kalangan pemimpin dan masyarakat hari ini mestilah menggunakan cara & pendekatan yg dibenarkan oleh Syariat Islam.

Menggunakan jalan politik bukanlah cara dakwah Nabi SAW malah ia bertentangan dgn syariat Islam. Sistem politik demokrasi adalah ciptaan manusia yg memusuhi ajaran Islam, sangat bertentangan dgn konsep Khilafah yg dianjurkan oleh Islam. Maka tidak hairanlah racun politik demokrasi Kuffar itulah yg sedang menjahanamkan kekuatan umat Islam hari ini. Pemimpin Islam di negara kita sudah tak mampu berdiri sendiri, bagaimana nak menegakkan aqidah & syariat Islam ? Adakah selepas lebih 50 tahun merdeka aqidah umat Islam semakin teguh ? Adakah syariat Islam semakin tertegak ? Lihat sendiri umat Islam yg semakin bercakaran hanya kerana kuasa politik dan lihat sendiri org bukan Islam semakin berani mempersoalkan amalan & ajaran Islam. Ini menjadi bukti bahawa sistem politik demokrasi bukanlah jalan penawar utk mencegah kemungkaran malah secara jelas racunnya lebih hebat dalam menyemarakkan kemungkaran dalam masyarakat..

Jika kita hayati konsep 'Amar Makruf Nahi Mungkar', maka kita akan sedar bahawa aqidah & syariat Islam adalah kunci kpd perjuangan kebangkitan Islam. Perjuangan yg sama diusahakan oleh Rasulullah SAW.. Bermula dgn membentuk aqidah yg teguh kpd ALLAH SWT di kalangan pengikut2 Baginda.. Berbekalkan aqidah yg mantap Baginda SAW dan para Sahabat berjaya menyatupadukan umat Islam utk berjuang menegakkan syariat Islam sehingga akhirnya tertegak di bumi Madinah.

Kami berpendapat umat Islam hari ini perlu 100% mencontohi jalan kenabian Rasulullah SAW.. Perkara pertama adalah mengukuhkan AQIDAH ISLAMIYAH di dalam diri setiap umat Islam. Kita kena faham apa itu Aqidah Islam yg sebenar, maka kita akan sedar jalan mana yg mesti kita pilih iaitu 100% selari dgn ajaran ALLAH SWT dan Rasulullah SAW.. Bukan jalan ciptaan manusia yg bertentangan dgn aqidah Islam itu sendiri.. Pendapat kami, kerana umat Islam masih tidak menghayati aqidah Islam lah yg menyebabkan majoriti rakyat masih bergelumang dgn sistem dan cara hidup moden ciptaan musuh2 Islam yg terbukti telah melemahkan umat Islam hari ini dgn penyakit Al Wahn.. Hanya dgn aqidah Islam yg benar & teguh akan melahirkan umat yg cintakan syariat dan cara hidup Islam serta sanggup berjaung menegakkannya menggantikan sistem & cara hidup Kuffar..

Kami tidak menyokong sama sekali perjuangan mana-mana parti politik demokrasi di dunia ini, apa yg kami cari adalah sebenar-benar perjuangan yg 100% mengikut jejak & jalan kenabian Rasulullah SAW.. Di mana pegangannya adalah 100% Aqidah Islamiyah dan perjuangannya adalah utk menegakkan 100% Syariat Islam di muka bumi ini.. Semoga perjuangan yg dinanti-nantikan ini akan segera terzahir dan kita semua tergolong di kalangan umat yg turut memperjuangkannya.. insyaALLAH..


PENDAPAT KAMI TENTANG PERSOALAN KEDUA

PERSOALAN KEDUA...
Berkenaan cadangan Sheikh Imran Hosein (SIH) mewujudkan Muslim Village (MV) ..

Berdasarkan pemahaman kami, idea MV yang dicadangkan oleh SIH mengambil kira hasil kajian pemecahan kod beliau terhadap Al Quran dan As Sunnah yg memberi petunjuk bahawa Khilafah Islamiyah tak akan mampu dibangkitkan semula oleh umat Islam hari ini. Beliau berpendapat Khilafah hanya akan tertegak semula ketika kemunculan Imam Mahdi. Sila rujuk beberapa hadis Nabi tentang perjuangan Pemuda Bani Tamim yg disebut sebagai penyedia tapak pemerintahan Al Mahdi.. Mereka menolak kebaikan yg diberikan sehinggalah mereka menyerahkan kekuasaan kpd Al Mahdi kelak.. Juga hadis tentang pembai'ahan Imam Al Mahdi secara spontan oleh umat Islam sekitar Mekah hanya setelah tanda2 kedatangan Baginda terzahir dan disedari org mereka yg dikurniakan hak.. Ini menunjukkan umat Islam akhir zaman tidak membai'ah mana2 pemimpin sbg Khalifah kecuali bila kemunculan Imam Al Mahdi.. Wallahua'lam..

Maka, berdasarkan hasil kajian tentang ketidakmampuan umat Islam hari ini utk menegakkan Khilafah maka SIH telah mencadangkan umat Islam mewujudkan MV yg berfungsi sebagai mikro-khilafah (Khilafah berskala kecil). Konsepnya 100% berdasarkan sistem Khilafah tetapi dibangunkan di kawasan pedalaman yg terasing dari dunia dan sistem moden. Tujuan utama adalah utk menyelamatkan AQIDAH ISLAMIYAH umat Islam hari ini dari kesyirikan sistem Dajjal dan menegakkan SYARIAT ISLAM di kalangan umat Islam yg benar-benar kembali kpd Al Quran dan As Sunnah.. Solusi ini juga berkaitan dgn Kisah Ashabul Kahfi yg terpaksa menyisihkan diri ke dalam gua demi menyelamatkan iman & aqidah masing2..

Pastinya SIH sendiri berharap agar semua umat Islam sedar tentang hakikat dunia akhir zaman hari ini terutama selepas mendedahkan hasil kajian beliau serta cadangan MV sebagai salah satu cara menyelamatkan diri dari fitnah Dajjal. Ini soal yg sangat penting kerana melibatkan aqidah umat Islam yg menentukan sama ada kita benar2 beriman kpd ALLAH SWT atau menjadi pengikut Dajjal Laknatullah. Maka usaha dakwah yg beliau jalankan dan pihak2 lain yang menggerakkan usaha sebegini bermatlamat menyedarkan seluruh umat Islam tanpa pengecualian baik pemerintah negara, para pemimpin mahu pun rakyat marhaen. Agar semua sekali meninggalkan sistem & cara hidup tamadun moden yg dipenuhi dgn agenda Dajjal dan kembali berpegang kpd aqidah & syariat Islam yg sejati. Ini adalah tanggungjawab kita yg telah dikurniakan kesedaran utk membantu saudara Islam lain yg masih dibelenggu ilusi fitnah akhir zaman.

Pendapat kami tentang situasi hari ini adalah telah datang dakwah & peringatan kpd segenap lapisan masyarakat hari ini tentang hakikat fitnah Dajjal & akhir zaman seperti yg didedahkan oleh SIH. Namun tak ramai yg betul2 sedar atau mengambil berat apa yg cuba diperingatkan. Malah ramai yg hanya memperlekehkan dan tak ambil peduli apa yg cuba disampaikan. Ramai yg tidak mahu memahami dan memilih utk terus hidup seperti biasa tanpa menghiraukan betapa gentingnya aqidah umat Islam hari ini dicengkam misi penyesatan besar-besaran oleh Dajjal. Maka membiarkan pemimpin2 politik yg masih bergelumang dalam najis demokrasi bukanlah satu strategi Islam utk menjamin kesejahteraan umat tapi adalah disebabkan terhijabnya mata hati mereka dari melihat fitnah akhir zaman dan mereka sendiri hanya bersangka-sangka bahawa mereka sdg berjuang demi Islam.

Bukanlah perjuangan dakwah Islam yg sebenar jika usaha dakwah disebarkan kpd suatu pihak tertentu saja tapi membiarkan pihak lain terus hanyut dalam kesesatan kononnya utk menjamin keselamatan umat Islam. Ini telah bercanggah dgn Aqidah Islamiyah kerana kita seolah-olah berharap kpd pemerintah negara yg mengamalkan politik sekular utk menjamin keselamatan umat Islam. Sedangkan kita sbg umat Islam wajib meyakini hanya ALLAH SWT yg layak menjadi pelindung kpd umat Islam. Maka kami tidak bersetuju sama sekali dengan pendapat bahawa politik demokrasi mesti diteruskan demi keamanan & keselamatan umat Islam dari ditindas oleh pemerintah bukan Islam. Kerana hanya ALLAH SWT yg berkuasa ke atas setiap makhlukNya dan DIA memerintahkan kpd hambaNya yg beriman berpegang teguh kpd ajaran Islam dan tidak sekali-kali mencampuradukkan dgn perkara yg bathil apatah lagi jika mempunyai unsur syirik kepadaNya. Jelas sekali sistem politik demokrasi adalah ciptaan musuh Islam, dan ALLAH SWT tidak sekali-kali redha umat Islam mengikut & mengamalkannya..

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: `Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)`. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu" (Al Baqarah:120)

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimmpin (mu): sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa diantara kamu mengambil mereka sebagai pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim " (Al-Maidah: 51)

Sebaliknya berimanlah kita dgn sebenar-benar keimanan kpd ALLAH & Rasul, insyaALLAH pertolongan dan bantuan ALLAH SWT akan sentiasa dikurniakan kpd kita.



Wallahua'lam...

-Admin-
JOM! Semarakkan Kebangkitan Islam Akhir Zaman
Selatan Tanah Melayu, Nusantara, Timur Jauh

Sumber Asal : 001 - Soalan Anda & Pendapat Kami

MASTER PLAN KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN (Bahagian 1)

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt para pejuang & perindu kebangkitan Islam akhir zaman...



Bila berbicara tentang kebangkitan Islam dari Timur, terngiang-ngiang pendapat/teori popular iaitu "Sejarah & Tamadun Melayu telah digelapkan dan bangsa Melayu sedang di'tidur'kan dalam lena yang panjang menunggu masa untuk bangkit". Kami bersetuju dengan pendapat tersebut dalam konteks sejarah Nusantara dan kesedaran tentang jatidiri Melayu. Tapi jika dalam konteks yang lebih luas iaitu kebangkitan Islam dari Timur di akhir zaman, istilah 'Melayu' dan 'tidur' yang digunakan bagi kami agak sempit.

Pertama, kita tak seharusnya hadkan kepada bangsa Melayu saja kerana terbukti sejarah bangsa lain di dunia juga tak terlepas dari difitnah dan digelapkan. Terutama kisah menyayat hati keturunan ahlul bait yang dikejar & dibunuh sehingga mereka terpaksa melarikan diri berhijrah dan berasimilasi dengan masyarakat Nusantara demi meneruskan kesinambungan syiar Islam. Ternyata matlamat utama musuh-musuh ALLAH yang cuba menggelapkan jejak & sejarah dunia adalah untuk memadamkan cahaya Islam bukan atas motif bangsa. Maka kami lebih selesa menggunakan istilah 'umat Islam' kerana kebangkitan Islam di Timur adalah perjuangan agama bukannya terhad kepada bangsa semata-mata. Jika difokuskan kepada bangsa Melayu saja dikhuatiri matahati kita akan buta untuk mengenal perjuangan Islam yang sebenar andai ditakdirkan ia dipimpin oleh umat Islam dari bangsa yang berbeza.

Keduanya, istilah 'tidur' terlalu berlapik dan lembut berbanding dengan segala simptom dan sindrom kronik yang sedang dihidap oleh umat Islam hari ini. Jika hanya di'tidur'kan kenapa umat Islam hari ini masih belum bangkit ? Sedangkan umat Islam hari ini telah lama ditekan, dibantai dan disembelih oleh para pengikut Iblis & Dajjal yang terang nyata bebas mencatur dunia termasuk agenda melemah dan memusnahkan Islam di negara kita sendiri. Mungkin sebab istilah 'tidur' inilah membuatkan kita masih kurang sensitif dengan tahap kritikal sebenar yang sedang membelenggu umat Islam hari ini. Kami berpendapat bahawa ketika ini butang panik telah wajib ditekan. Maka, hakikat sebenar betapa nazaknya situasi umat Islam ketika ini mesti disedar dan disebarluaskan untuk mengaktifkan 'alter' perjuangan supaya umat Islam mula berusaha bangkit dan berjuang. Tidak lagi hanya baring memeluk bantal (baca: memeluk tubuh) di atas katil (baca: zon selesa) kononnya sedang ditidurkan.

Kami ingin mengajak saudara semua menilai realiti sejauh mana kesedaran umat Islam di sekeliling kita hari ini (termasuk diri kita sendiri) tentang hakikat betapa kita sedang hidup betul-betul di penghujung akhir zaman.
Sejauh mana umat Islam hari ini sedar dunia ini hanya menunggu masa tanda-tanda besar kiamat muncul ?
Seramai mana umat Islam yang ambil tahu & percaya tentang betapa gentingnya situasi dan nasib manusia ketika ini ?

Kenapa terlalu ramai keluarga, sahabat & saudara-saudara kita yang sedang hidup dengan 'selamba' dan masih leka mengejar nikmat dunia ? Ada beberapa situasi yang berkemungkinan iaitu sama ada 'salam peringatan akhir zaman' belum disampaikan kepada mereka, atau telah disampaikan kepada mereka tapi mereka sendiri memilih untuk menolaknya.

Dari situasi di atas, pihak kami telah mengenalpasti 3 persoalan terpenting yang mesti diperhalusi dan diselesaikan iaitu :
  1. Bagaimana utk pastikan supaya kita (kami dan anda) dapat sebarkan 'salam peringatan akhir zaman' kepada seramai mungkin manusia di sekeliling kita yang termampu kita sampaikan ?
  2. Apakah yang menyebabkan ramai saudara kita yang telah diberi 'salam peringatan akhir zaman' tetapi mereka masih menolak dan meremehkannya ?
  3. Bagaimanakah cara dakwah terbaik untuk kita sampaikan 'salam peringatan akhir zaman' supaya lebih mudah mereka sedar, faham, percaya sehingga mereka turut sama berjuang bersama-sama kita ?

NOTA :
Untuk artikel kali ini, kami hanya akan kupas persoalan ke 2 kerana ia berkaitan secara langsung dengan tajuk artikel ini. Persoalan 1 dan ke 3 insyaALLAH kami akan disentuh dalam artikel-artikel lain akan datang kerana ia menjurus kepada persoalan dakwah.


Saudara-saudaraku sekalian...
Kita berbalik kepada persoalan ke 2 iaitu "Apakah yang menyebabkan ramai saudara kita yang telah diberi 'salam peringatan akhir zaman' tetapi mereka masih menolak dan meremehkannya ?"
Sekali lagi kami tekankan, umat Islam sebegini bukan di'tidur'kan, tapi hakikatnya ber'penyakit' yang sangat kronik. Keadaan dan situasi hari ini sangat bertepatan dengan hadis yang diriwayatkan dari Thauban r.a, bahawa Rasullullah SAW bersabda, dengan mafhumnya:

“Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama.”
Maka para sahabat r.a. pun bertanya, “Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?”
Sabda Baginda s.a.w.:
“Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut.”
Sahabat bertanya lagi, “Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?”
Jawab Rasulullah s.a.w.:
“Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn.”
Sahabat bertanya lagi, “Apakah itu al-Wahn?”
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Cintakan dunia dan takut mati.”

SubhanALLAH.. Sangat benar sabdamu Ya Rasulullah SAW.. Maksud hadis ini kena tepat ke muka setiap umat Baginda SAW pada hari ini termasuk diri kita sendiri. Inilah dua penyakit kronik yang telah lama melumpuhkan sendi anggota kita dari bangun berjuang melawan musuh-musuh Islam, tapi kita sanggup pula mengerah anggota tenaga & bekerja keras untuk mengejar harta dan nikmat dunia. Inilah 'realiti' umat Islam hari ini hidup dalam 'ilusi' ciptaan musuh-musuhnya sendiri.


Belenggu Ilusi

Hari ini para musuh ALLAH dan para pengikut Iblis & Dajjal tak perlu bersusah payah memerangi kita dengan senjata. Malah kita diberikan kemerdekaan dan dibiarkan hidup bebas beramal beribadah mengembangkan ajaran Islam. Inilah buktinya umat Islam hari ini lemah dan tak menggentarkan mereka, walaupun bilangan kita semakin bertambah tapi apa gunanya kuantiti kalau kualitinya tidak bererti. Umat Islam hari ini juga ibarat buih di lautan, yang rapuh dan hanya menurut arah aliran air dan pukulan ombak.

Perhati dan fahamkan 3 sindrom yang di'bold'kan di atas. Penyakit 'cintakan dunia dan takut mati' telah membelenggu hati umat Islam hari ini melalui 3 sindrom ilusi tersebut, iaitu :
lemah
rapuh
hanya menurut

Bukankah pegangan kita terhadap Al Quran dan As Sunnah semakin lemah ?
Bukankah kesatuan & persaudaraan ummah kita semakin rapuh ?
Bukankah kita sedang hidup menurut sistem & cara hidup ciptaan Kuffar ?

Inilah yang kami namakan sebagai Belenggu Ilusi. Musuh-musuh Islam hari ini tak perlu lagi memaksa kita secara zahir dan fizikal. Tapi kerana penyakit Al Wahn kita sendiri cenderung memilih cara hidup yang bathil sehingga umat Islam menjadi lemah, berpecahbelah dan terpesong akidah tanpa kita sedar selama ini.

Berbalik semula kepada persoalan "Apakah yang menyebabkan ramai saudara kita yang telah diberi 'salam peringatan akhir zaman' tetapi mereka masih menolak dan meremehkannya ?"
Ini adalah masalah utama yang telah kami kenalpasti sebagai penghalang terbesar kepada kebangkitan umat Islam. Kami sangat yakin saudara pejuang semua juga kerap berhadapan dengan situasi ini bila cuba menyampaikan 'salam peringatan akhir zaman' kepada saudara-saudara yang lain disekeliling kita. Memang benar yang memberi hidayah adalah ALLAH SWT, tapi kita yang berjuang ini tidak boleh berputus asa selagi kita tidak cuba sedaya upaya.

Pihak kami berpendapat bahawa untuk berdakwah & berjuang kepada umat Islam hari ini, langkah awal yang mesti kita ambil adalah mengenali punca utama penolakan mereka terhadap usaha dakwah kita. Matlamat artikel ini adalah untuk menjelaskan bahawa Penyakit Al Wahn adalah masalah utama yang menyebabkan sindrom 'belenggu ilusi' sedang menghalang umat Islam dari melihat kebenaran akhir zaman. Kita tak akan berjaya menyatukan hati umat Islam & apatah lagi untuk mengajak mereka berjuang bersama-sama jika kita terus membiarkan 'penyakit' ini membelenggu diri kita semua.


Kesimpulan

JOM! kita bermetafora untuk memahami maksud kami dengan lebih jelas :

Kita yang sedang berdakwah ini boleh diumpamakan seorang doktor, manakala penolakan umat Islam hari ini terhadap usaha dakwah kita diandaikan sebagai barah. Maka sebagai doktor, kita mesti mengkaji dulu sel apa yang menjadi punca utama berlakunya sindrom penyakit barah itu. Dan selepas itu barulah kita berusaha merawat sel punca tersebut, untuk mengurangkan sindrom penyakit sehinggalah penyakit barah itu sembuh.

Sel punca barah = Penyakit Al Wahn
Sindrom barah = Belenggu Emosi
Barah kronik = Penolakan Dakwah Kebangkitan Akhir Zaman

Maka, doktor yang terbaik mestilah berupaya mengesan sel punca yang sebenar barulah dapat mengkaji dan menghasilkan cara rawatan & ubat yang berkesan menyembuhkan penyakit tersebut. Jika tersalah mengesan sel punca, masa kan dapat mencipta cara rawatan yang berkesan apatah lagi untuk menyembuhkan penyakit tersebut. Silap hari bulan bertambah teruk & nazak pesakit yang cuba dirawat :)

Point penting :
Umat Islam hari ini sedang dalam bahaya fitnah akhir zaman. Kealpaan umat Islam bukan kerana sedang 'tidur' tapi kerana menghidap penyakit Al Wahn yang telah lama membarah dalam hati & jiwa. Untuk menyelamat umat Islam hari ini, bukan setakat menyedarkan mereka dari 'tidur' tapi melalui usaha dakwah yang berhikmah untuk merawat penyakit Al Wahn dalam diri kita semua.



Wallahu'alam

InsyaALLAH akan bersambung...

Admin
17 Sya'aban 1432H
12:24 Tengahari

Sumber Asal : MASTER PLAN KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN (BAHAGIAN 1)

NIAT & MATLAMAT KAMI

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt saudaraku sekalian..



Alhamdulillah, segala syukur & pujian ke hadrat Ilahi kerana hanya dengan kekuasaanNYA telah menggerakkan hati & jiwa kami (pihak Admin) untuk mewujudkan page 'JOM! Semarakkan Kebangkitan Islam Akhir Zaman' ini. Page ini diwujudkan atas ilham & gerak yang diisyaratkan oleh Allah SWT di saat pihak Admin sedang tercari-cari apakah peranan yang mesti dilakukan sebagai salah satu cara perjuangan dalam merealisasikan kebangkitan Islam di akhir zaman ini.

Bermula dengan mengenali dan mengikuti beberapa sumber artikel dan blog tentang fenomena kebangkitan Islam di akhir zaman, pendedahan teori konspirasi Dajjal & Zionis, pembongkaran sejarah tamadun Melayu yang digelapkan, kedatangan Imam Mahdi sehingga turunnya Nabi Isa a.s, pihak Admin mula menyedari tentang dimensi ilusi yang telah lama melingkari hakikat hidup manusia di dunia ini. Kemudian ini dikuatkan lagi melalui hasil kajian para ilmuwan Islam terutama dari Sheikh Imran Hosein yang sentiasa bersandarkan kepada ilmu Al-Quran dan Al Hadith.

Saudaraku sekalian..
Betapa di zaman ini ramai antara kita yang telah dan sedang tertipu hidup-hidup dengan fatamorgana duniawi. SubhanALLAH.. Sungguh benar firman ALLAH bahawa kehidupan ini hanyalah permainan & senda gurau menipudaya para hambaNYA yang mengejar nikmat & kesenangan hidup semata-mata. Sedang kita semakin terlupa kepada peranan & tujuan utama hidup kita untuk beribadat kepadaNYA dan menjadi Khalifah yang wajib menegakkan syiar Islam di segenap pelusuk muka bumi ini.

"Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." (Al-Hadiid : 20)

Ya ALLAH..
Kami bersyukur kerana di kesempatan usia hidup kami yang semakin berkurang ini KAU kurniakan setitik dari ilmuMU Yang Maha Luas untuk kami memahami hakikat dunia sebenar serta mengenali setiap halus butir kelicikan musuh-musuh agamaMU merencanakan tipu daya memesong dan melalaikan kami dari Jalan Yang Lurus. Kami juga bersyukur kerana petunjuk dan hidayahMU  mula hadir meresap jauh ke dalam hati kami untuk tampil melalui ruangan Page ini sebagai salah satu cabang dakwah demi menyedarkan seberapa ramai umat manusia tentang hakikat dunia akhir zaman ini.

Ya ALLAH..
Niat kami adalah semata-mata untuk berjuang pada JalanMU. Permudahkanlah usaha perjuangan kami menggerakkan usaha dakwah ini demi menyatupadukan hati & jiwa setiap umat Islam di bawah satu matlamat perjuangan yang suci iaitu untuk merealisasikan kebangkitan Islam dari Timur. Bimbinglah kami dalam setiap tutur bicara menyampaikan dakwah dan kurniakanlah kepada kami lisan fasih yang penuh berhikmah ketika menyeru kebaikan. Kuatkanlah kesabaran kami di saat menerima penolakan dan kecaman dari para hambaMu yang mungkin akan menentang usaha kami ini. Berkatilah perjuangan kami ini dan terimalah ia sebagai ibadah kami semata-mata kepadaMU..

Saudara-saudaraku..
Di saat kami menyingkap niat ikhlas dan matlamat suci perjuangan ini, kami menyeru kepada kalian untuk sama-sama menyokong & berjuang bersama kami seikhlas hati KERANA ALLAH semata-mata demi melihat agama Islam kembali bangkit di akhir zaman ini. Bukankah di akhir zaman ini ALLAH mengisyaratkan bahawa Khilafah melalui manhaj kenabian SAW akan menaungi semula dunia ini ? Mari kita sama-sama hayati kembali perjalanan dakwah Rasulullah SAW yang bermula seorang diri hanya berbekalkan keyakinan & ketakwaan kepada ALLAH semata-mata sehingga akhirnya berjaya menegakkan syariat Islam sepenuhnya melalui penubuhan negara Madinah.

Di saat betapa umat Islam hari ini terlalu mabuk cintakan dunia dan takutkan mati, manakala musuh-musuh Islam sedang giat bersatu menyempurnakan misi terakhir Iblis & Dajjal, maka apakah peranan kita sebagai umat Islam yang semakin sedar tentang hakikat perjalanan dunia akhir zaman ini ? Adakah kita hanya memperlekehkan segala hasil kajian & pendedahan yang disuakan ke hadapan mata kita ? Atau kita percaya tapi sekadar melayani perasaan insaf yang kerap berbolak-balik dalam hati ? Apakah memadai dengan usaha kita menyebarkan hakikat akhir zaman ini kepada rakan-rakan kita yang lain tapi membiarkan diri kita & mereka terpinga-pinga mencari jalan keluar sendiri ?

Saudara-saudara seagamaku..
Itulah hakikat yang terjadi kepada diri kita semua di kala ini. Pendedahan demi pendedahan difokuskan, tetapi sangat kurang pihak yang berusaha menunjukkan jalan keluar yang dapat menyelamatkan diri kita bersama. Sedarkah kita semua kejadian dan permasalahan umat Islam hari ini telah dinyatakan dalam Al-Quran & Al Hadith sejak lebih 1400 tahun dahulu ? Dan melalui 2 tali pegangan yang bersumber dari ALLAH dan Rasul SAW ini jugalah terkandung jalan penyelesaian yang serba lengkap dan ampuh untuk diamalkan oleh sekalian umat Islam kini.

Justeru, Page ini dibangunkan sebagai satu jalan dakwah yang ingin mengajak setiap umat Islam dewasa ini agar kembali berpegang teguh kepada Al-Quran dan Al Hadith sebagaimana sabda Nabi SAW dalam khutbah terakhir di Gunung Arafah pada tahun ke 10 Hijrah. Dalam erti kata lain umat Islam hari ini wajib meletakkan ALLAH SWT dan Rasulullah SAW di dua tempat tertinggi dalam diri masing-masing melebihi segala-galanya. Ini adalah syarat terpenting untuk kita mengenali satu-satunya Jalan Yang Lurus yang dapat menyelamatkan kita dari terus terpesong dan disesatkan lebih jauh lagi ke 72 jalan yang bathil.

Saudara-saudaraku sekalian, mulai hari ini setiap dari kita adalah bersaudara, tinggalkan semua fahaman duniawi, buang jauh-jauh ketaksuban politik, perbezaan nama & pangkat serta segala macam anasir yang selama ini memecahbelahkan kesatuan ummah antara kita. Kembalilah kita menasihati sesama insan supaya bersatu di bawah kalimah tauhid sepertimana di awal perjuangan Baginda SAW. Kita jadikan ini sebagai langkah permulaan, menyatukan hati setiap Mukmin yang cinta 100% kepada ALLAH & Rasul sebelum kita boleh mula bermimpi untuk membariskan hati-hati yang bagaikan kepingan besi.

Sahutlah seruan perjuangan kami, JOM! Semarakkan Kebangkitan Islam Akhir Zaman. Kami tak sanggup menjadi hambaNYA yang telah sedar dirinya tersesat tetapi terus mnunggu dalam kesesatan tanpa ikhtiar. Apakah nanti ALLAH & Rasul akan redha terhadap kami ? Maka itu kami telah tekad memilih untuk bangkit dan berjuang meneladani semangat Sultan Muhammad Al Fateh yang kepingin merealisasikan sabda Nabi SAW walaupun di akhir nanti kami terpaksa akur bahawa kami bukanlah Pemuda Bani Tamim seperti yang baginda SAW sabdakan. Bukan gelaran itu yang kami cari, hanya semangat 'pemuda berhati besi' menjadi inspirasi untuk menemani kami berjuang semata2 KERANA ALLAH. InsyaALLAH..

Akhir kata bagi pihak Admin, sila 'LIKE' page kami ini dan sebar-sebarkanlah kepada rakan-rakan FB  anda yang lain. Sesungguhnya hanya manfaat bersama yang dicari, jika ada sebarang kekurangan atau kesilapan kami, berilah teguran secara berhikmah. Semoga setiap teguran, nasihat & perkongsian kita di dalam page ini akan dinilai sebagai ibadah oleh ALLAH SWT. Amin..



Wassalam

Admin
JOM! Semarakkan Kebangkitan Islam Akhir Zaman
15 Sya'aban 1432H
1:33 Pagi

Sumber Asal : Niat & Matlamat JOM! Semarakkan Kebangkitan Islam Akhir Zaman